Template by:
Free Blog Templates

20 June 2011

Sekolah kampung perak













Kerajaan sentiasa mengutamakan kemajuan Pelajaran dan ini terbukti dengan bajet yang besar yang disediakan setiap tahun.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata tidak semua kawasan yang mendapat Sekolah Menengah, justeru pelajar-pelajar di kawasan berkenaan harus merebut peluang untuk menambahkan Ilmu.

Menteri Besar Perak berkata demikian ketika beruap di majlis peah tanah pembinaan Sekolah Menengah Kampung Perak di Batu Kurau bernilai RM 27 juta.

Dengan terbinanya Sekolah Kampung Perak, Parlimen Larut memilikki 7 buah Sekolah Menengah iaitu 3 buah di DUN Batu Kurau dan masing-masing dua buah di DUN Kubu Gajah dan Selama.

Dr Zambry juga meminta agar kemudahan sukan seperti padang Bola Sepak yang bertaraf mini stadium dan Dewan dapat juga dilaksanakan.

Turut hadir ialah Anggota EXCO Kerajaan Negeri, Datuk Zahir Khalid, Timbalan Menteri Perladangan, Hamzah Zainuddin, ADUN Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar dan ADUN Selama, Datuk Daud Mohd Yusof.

0 comments: