Template by:
Free Blog Templates

8 June 2011

Bistari














Hidup bermasyarakat amatlah penting jika rakyat ingin terus berada dalam Negara yang sentiasa aman dan makmur.

Justeru, mereka tidak seharusnyalah menyerahkan segala tanggungjawab menjaga keselamatan ditangan pihak berkuasa semata-mata.

Jika keadaan keselamatan terjejas, rakyat juga tidak dapat hidup harmoni. Demikianlah juga dalam rancangan Tanah FELDA hubungan yang erat diantara pengurusan dan peneroka harus dalam keadaan yang sentiasa erat.

Saya berkata demikian ketika berucap meresmikan Info Bistari 1 Malaysia peringkat Mukim Ijok di Dewan FELDA, Ijok, tengahari tadi.

Turut hadir ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah Kecil Selama, Haji Yusof bin Abustan, Pengurus FELDA, Ijok, Aziz bin Mat Isa, Pegawai Penerangan Daerah Larut, Matang dan Selama, Adnan bin Jaafar, Penghulu Mukim Ijok, Mohd Fauzi bin Ghazali dan Ketua Kampung, Haji Shukur Haji Jaman.

Mengenai masalah tempat tinggal generai kedua, Saya berkata bahawa perkara itu telahpun disampaikan ke pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri mohd Najib Tun Abdul Razak dalam perjumpaan dengan Ketua-Ketua UMNO Bahagian di PWTC, Februari lalu.

Begitupun, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr ZambryAbdul Kadir ketika mengadakan lawatan ke Kubu Gajah telahpun meminta supaya masalah itu dibincangkan diantara Pentadbir Tanah Daerah dengan Pengurusan FELDA mengenai tapak yang telah dikenalpasti.

Selaku Ahli Dewan Undangn Negeri (ADUN) Kubu Gajah Saya juga memberitahu hasrat untuk melihat program pembangunan seperti membangun semula Pekan Kubu Gajah dan Ijok bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk.

Pembukaan sebuah Kampus Universiti di Pusat Veterina Negara di Ladang Sungai Segar juga telah dicadangkan ke pengetahuan Kerajaan Negeri.

0 comments: