Template by:
Free Blog Templates

16 June 2011

Sekolah cina














Saya gembira kerana Sekolah Kebangsaan Cina Kaw Shu Hua di Kampung Baru Redang Panjang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah juga terdiri dari Pelajar-Pelajar Melayu dan India.

Pada masa ini terdapat seramai 41 orang pelajar di sekolah tersebut yang sebilangan besarnya adalah murid Melayu iaitu 21 orang manakala cina seramai lima orang dan india juga lima orang.

Sekolah tersebut adalah satu-satunya Sekolah Cina di DUN Kubu Gajah.

Saya menyampaikan sumbangan tiga buah basikal kepada tiga orang pelajar Melayu, Cina dan India yang turut disaksikan oleh Guru Besar Sekolah berkenaan, Hoo Lee Hwa.

Saya juga menyampaikan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada Pengerusi
Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah, Teh Leong Hui bagi kegiatan mereka.

0 comments: