20 June 2011
Jiwa murni
Kerajaan Perak akan terus memberikan perhatian dibawah program membina dan memperbaikl rumah rakyat miskin.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, Yayasan Bina Upaya (YBU) bersama Agensi-Agensi Kerajaan yang lain seperti Felcra akan terus melaksanakan program itu dari masa ke semasa.
Begitupun, beliau berharap hanya mereka yang layak sahaja menerima bantuan tersebut dan proses pemilihan peserta hendakla dibuah berdasarkan merit.
Dr Zambry berkata demikian ketika berucap di majlis penyerahan pembinaan rumah Aminan Mat Desa di Pekan Kubu Gajah.
Rumah tersebut dibina secara gotong royong oleh anggota Tentera hasil peruntukan yang disediakan oleh Pusat Khdiamat DUN Kubu Gajah sebanyak RM 24,000.
Turut hadir ialah ADUN Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar, ADUN Selama Datuk Mohd Datuk Yusof, ADUN Batu Kurau, Kapt (B) Datuk Najmuddin Elias, Panglima dua Briged, Datuk Zulkifli dan Pegawai Daerah Larut, Matang dan Selama, Harun Rawi.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah Kerajaan yang setiasa menititk beratkan kebajikan rakyat dan ini bukanlah perkara baru yang dilakukannya malah sudah lama.
Justeri, Kerajaan BN sentiasa memberikan keperhatinan rakyat miskin untuk terus membina hidup baru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment