Template by:
Free Blog Templates

24 June 2011

PDK Felda






PDK Felda Ijok akan mewakili DUN Kubu Gajah dalam sukan antara PDK peringkat negeri yang akan diadakan di Batu Kurau ahad ini.

Sukan PDK itu akan dirasmikan oleh isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Sarifah Zulkifly.

Selaku Adun Kubu Gajah, saya telah memberi semangat dan sokongan kepada pasukan PDK Felda Ijok petang tadi dalam majlis pemyampaian sumbangan jersi.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Jangan lupa mengingatkan MB kita tentang Lebuh-Raya Selama-Jelapang selain daripada pembangunan sosial.

Ramai orang kita tidak mahu balik kampung kerana di kampung tidak ada pembangunan ekonomi yang memberi mereka pekerjaan.

Kalaulah lapangan terbang Briah di bina sudah tentu ramai yang akan balik kampung.

Konsultant yang membuat kajian tentang pembinaan lapangan terbang ini nampaknya tidak ada tauliah.

Kalau ada tuliah sudah tentu kajiannya boleh disiapkan dalam masa 6 bulan. Kalau tidak bertuliah ia akan menjadi 6 tahun kerana kepakaran mereka amat cetek.

Inilah yang saya takut tentang slogan we take the best of the Malays, Chinese, Indian etc and mould them together to build one rich NATION.

Kalau YMDS tidak percaya cuba ambil the best Malays menerajui KUB, the best Chinese menerajui MULPHA dan the best of the Indian menerajui MAIKA Holdings,

Cuba ambil President Petronas/Tuan Syed menjadi penasihat KUB, Tony Fernandez/Ananda jadi penasihat MIKKA holding dan CEO Genting penasihat MULPHA.

Kalau orang politik berniaga sudah tentu untungnya tak seberapa kerana mereka menumpukan lebih masa tentang politik. Sebab itu ramai 'division one' dahulu tidak boleh aktif dalam politik.

Politik hendaklah dibuat sepenuh masa. Kalau boleh bola pun dilupakan pada masa sekarang kerana pilihan raya akan hampir tiba.

Kalau kita asyik main bole kita pun nanti akan ditendang jadi bola.

Masalah turun padang masih dijalankan secara mengumpul data dari pihak kedua.

Sepatutnya turu padang yang afdal ialah melihat sendiri dan merefleksi.

Maksud saya refleksi ialah bertanyakan diri sendiri kenapa YMDS tidak membuat rumah YMDS di tanah YMDS di Tebing Tinggi?.

Maksud saya turun padang bukan pergi kampung tanya AJK.

Cuba YMDS pinjam kelapa sawit yang terbaik sekali dan jual di pembeli tempatan. Sudah tentu mereka berikan harga 550 se tan, bukan 700. Apa kerajaan boleh buat. Saya serakkan depan mata mereka buah sawit yang bermutu tinggi tapi mereka masih berikan saya harga 550 setan. Orang kampung ramai kena tipu kerana ramai wakil rakyat kita menumpukam masa untuk pembangunan sosial.

Begitu juga getah

Begitu juga tentan kemiskinan. Kalau YMDS letakkan kereta tepi jalan antara jam 11 ke 12 pagi YMDS akan melihat mereka yang berjalan kaki atau naik basikal menoreh getah.

Meeka inilah yang miskin kerana mereka menoreh di tanah taukeh getah.

Kalau kita tanya AJK masa turun padang sudah tentu mereka berikan nama kroni mereka yang perlukan bantuan. Cuba lihat tiang lampu pun sudah menjadi kenyataan selain daripada di tempat strategik tiang tersebut dibina di kawasan kroni bukan tempat banyak pencuri dan ular seperti didepan rumah YMDS di Tebing Tinggi. Kita masih mementingkan politik dari keselamatan. Rakyat tidak mela[orkan kecurian kepada polis keraan mereka tak boleh buat apa2.

Pencuri kelapa sawit berjalan di jalan leterite tapi polis berjalan dijalan tar, mana nak jumpa pencuri.

Walaupun begitu mereka memang pandai tangakap tempat maksiat dan kesalahan lalu lintas. Tapi pencuri kelapa sawit belum saya dengar di TV. Sepatutnya latihan polis hendaklah ditambah sukatan pelajarannya tentang bagaimana hendak menangkap pencuri kelapa sawit dan ketol getah (dan maksiat di hutan getah dan kelapa sawit).

Terima kasih