1 June 2011
UUM-Baktisiswa
Pelajar-Pelajar di Pusat Pengajian Tinggi (IPT) diingatkan agar tidak hanya menjadikan Pusat Pengajian tersebut sebgai mendalami Ilmu semata-mata, tetapi juga dapat berbakti kepada Masyarakat sebaik mereka tamat pengajian.
Mahaiswa yang berjaya adalah mereka yang mampu menyumbang kepada Ibubapa dan masyarakat sendiri.
Budaya mendampingi dan menjalankan aktiviti bersama masyarakat harus digalakan di kalangan Pelajar Universiti supaya wujud hubungan yang baik pada setiap masa.
Saya berkata demikian ketika berucap meresmikan program Baktisiswa Pelajar-Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) di Dewan Orangramai FELDA, Ijok tengahari tadi.
Seramai 19 orang pelajar Dewan Penginapan Pelajar Yayasan Albukary, UUM terlibat dalam program selama lima hari itu yang diberi nama Menabur Budi Semarak Kasih bertujuan untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa mahasiswi terhadap gaya hidup penduduk kawasan luar bandar, disamping dapat mewujudkan satu rantaian silaturahim antara penduduk dengan mahasiswa dan mahasiswi.
Turut hadir Pengurus FELDA, Ijok, Abd Aziz bin Mat Isa, Keteua Kampung, Haji Sukur bin Jaman dan Pengarah Projek, Nurul Husna binti Shariff, yang juga anak peneroka peringkat 6, FELDA, Ijok.
Mengenai FELDA, Saya menegaskan bahawa rakyat di Negara ini beruntung kerana Kerajaan Barisanal Nasional (BN) berjaya mengubah dan meningkatkan gaya hidup peneroka dengan adanya pembukaan Rancangan Tanah FELDA.
Hari ini, umum dapat lihat sendiri bagaimana peningkatan hidp peneroka FELDA dai seluruh Negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment