Template by:
Free Blog Templates

30 June 2011

Sukan Sekolah















Pengurusan Sekolah tidak seharus bersikap lemah semangat dalam memajukan bidang sukan, sekalipun mereka berdepan dengan masaallah kemudahan sukan.

Sukan kini dilihat penting kerana ia juga mampu menjana ekonomi dan Industri sukan kini berkembang pesat.

Justeru, Ibubapa dan Penjaga janganlah memandang ringan dalam membantu Pelajar-Pelajar mencapai kejayaan di bidang sukan.

Ramai atlit dan ahli sukan Negara dahulu dan kini adalah dilahirkan dari bakat yang diketengahkan oleh Sekolah.

Saya berkata demikian ketika merasmikan Temasya Sukanan Tahunan Sekolah Kebangsaan Sungai Dendang, pagi tadi.

Turut hadir ialah Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah, Abd Rahman bin Hamid, Yang diPertua Persataun Ibubapa dan Guru (PIBG), Abd Rauf bin Abdullah dan Ketua Kampung. Ismail Don.

Tidak dinafikan masalah kekurangan kemudahan sukan diantara faktor Sekolah gagal melahirkan atlit dan ahli sukan yang berkualiti, namun tanggungjawab pengurusan dalam meneruskan agenda sukan ini haruslah juga diutamakan.

Mengenai masalah ketiadaan kemudahan sukan, Saya berharap pihak Kementerian dalam progam membina sekolah-sekolah baru haruslah mempastikan kemudahan sukan seperti padang disediakan.

0 comments: