7 June 2011
Peladang- Usaha
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani digesa mengadakan rancangan jangka panjang bagi menggalakan rakyat, khususnya Petani dan Peladang bersedia untuk meningkatkan pengeluaran pertanian.
Ini adalah kerana Negara tidak harus bergantung seratus peratus kepada mengimpot barangan keperluan, sedangkan rakyat juga mampu untuk memenuhi permintaan tempatan.
Negara berbelanjang besar hingga berbilion ringgit hanya semata-mata kerana membiyai barangan impot.
Saya berkata demikian ketika meresmikan kursus perkenalan Peladang Muida anjuran Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Kurau, pagi tadi.
Lebih 200 orang peserta hadir di kursus tesebut termasuk Ketua-Ketua Unit PPK Batu Kurau yang bertujuan menggalakan lebih ramai kalangan remaja menyertai pertubuhan tersebut.
Tidak dinafikan kos menimpot lebih murah daripada kita mengusahakan sendiri, tetapi selama mana kita harus bergantung 100 peratus kepada Orang lain sedangkan rakyat kita sendiri juga mampu berdikari.
Begitupun, Peladang tempatan harus keluar dari sikap negatif dan berubah kepada pemikiran yang positif untuk berjaya dalam meningkatkan pendapatan sampingan.
Sektor Pertanian dan Pertanian jika diusaha dan diuruskan secara betul dan bijak ia juga mampu memndatangkan hasil yang lumayan.
Janganlah anggap sektor tersebut sebagai bidang yang renda dan kelas kedua, sebaliknya ramai mereka yang berjaya menjadi usahawan adalah mereka yang tergolongan dalam bidang ini.
Selaku Pengerusi PPK Batu Kurau Saya turut menyampaikan sumbangan kepada Hasnah binti Zainal Abidin, 53 tahun dari Unit Peladang Kampung Batu 14, Batu Kurau yang mengusahakan projek memproses cili sos.
Turut hadir ialah Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurus Besar PPK Batu Kurau,Haji Sabri bin Zainol.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment