Template by:
Free Blog Templates

13 June 2011

Lawat







Seperti biasa dalam program turun ke padang, Saya melawat penduduk yang uzur, kurang upaya dan Ibu tunggal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah, petang tadi.

Mereka ialah Yah binti Md Noh, 74 tahun di Kampung Sungai Ara yang uzur dan tinggal bersma Suami, Abdul Wahab bin Jamin, 83 tahun.

Ibu Tunggal, Salmah binti Che Lan, 57 tahun yang tinggal di Kampung Klien Chinei, Batu Kurau.

Pemuda Kurang Upaya (OKU), Mohd Mazlan bin Mat Saman, 37 tahun di Kampung Haji Mat Asik. Beliau tinggal ibu, Maznah binti Yasin, 57 tahun, yang juga seorang ibu tunggal.

Mazlan, menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Larut, Matang dan Selama sebanyak RM150.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Sungai Ara, Haji Halil Abdullah dan Ketua UMNO Cawangan Kelian Chenie, Abdul Razak.

0 comments: