Template by:
Free Blog Templates

20 June 2011

Tindakan

Kontrektor yang terlibat dengan projek mengambil pasir harus bertanggungjawab bagi mempastikan tidak berlaku sebarang ancanam kepada keselamatan pengguna jalanraya dan juga tanaman.

Ini adalah kerana ada sungai yang berhampiran dengan jalanraya dan tanaman orang ramai termasuk seorang peneroka yang mengalami kerugian besar akibat tanamanya yang rosak disebabkan limpah pasir dari sungai yang berhampiran.

Saya berkata demikian ketika membangkitkan masalah itu di Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Harun Rawi di Bilik Gerkan, Pejabat Daerah, Taiping.

Isu ancaman banjir akibat parit yang tersumbat juga turut dibangkitkan selain masalah kemiskinan dan kebajikan rakyat yang masih menuggu bantuan.

Perkembangan menaikan taraf Pekan Ijok,Kubu Gajah dan Batu Kurau juga turut dibangkitkan di mesyuarat yang dihadiri oleh wakil-wakil rakyat di Parlimen Larut, Taiping dan Bukit Gantang.

0 comments: