Template by:
Free Blog Templates

17 June 2011

Pencemaran pasir





Selepas menerima aduan dari seorang peneroka Rancangan Tanah FELDA, Ijok mengenai ancaman pasir ke kebun kelapa sawit beliau dekat Jalan Ulu Mengkuang, Saya terus melawat untuk melihat sendiri keadaan tersebut.

Idris
bin Molah, 63 tahun amat kecewa kerana masalah itu telah berlaku sekian lama, sekalipun beliau telah membangkitkan perkara itu ke pengetahuan Kerajaan Negeri dan pengurusan FELDA.

Katanya, akibat ancaman pasir dari sungai yang berhampiran sekitar tiga ekar daripada tanaman beliau seluas tujuh ekar itu mengalamai kerugian.

Beliau hampir berputus asas, namun selepas mengadu kepada Saya beliau berharap masih ada sinar untuk menikmati sedikit keuntungan pada ketika harga buah sawit yang agak baik sekarang.

Saya akan membawa masalah ini ke Mesyuarat Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) isnin ini.

0 comments: