Template by:
Free Blog Templates

12 June 2011

Banjir






Melawat parit di Kampung Haji Mat Ashik yang tersumbat dan tiada saluran betul dan sering mengancam banjir di situ.

Saya berharap JKR aatau JPS yang dapat bertindak segera bagi memperbaiki saluran longkang di tepi jalanraya tersebut seberapa segera.

Saya telah menerima aduan daripada penduduk mengenai parit berkenaan yang sering mendatangkan masalah bila berlaku hujan lebat yang mengakibatkan berlakunya banjir.

Setiasuaha Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Abdul Karim Bahari yang turut hadir bimbang jika parit itu tidak segera dibaiki mereka akan menghadapi kesulitan setiap kali berlakunya banjir berpunca daripada parit berkenaan.

Saya akan bawa masalah ini ke mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama bagi tindakan segera.

0 comments: