Template by:
Free Blog Templates

16 June 2011

Olahraga

















Ramai rakyat Perak yang kecewa dengan kegagalanPasukan Perak di sukan Malaysia (SUKMA) ke 14 baru-baru.

Perak gagal memenanggi sebarang pingat emas dan mendudukki tangga terakhir dengan hanya memugut 5 perak dan 18 gangsa.

Sebanyak 14 buah Negeri mengambil bahagian dalam sukan tersebut.

Saya berkata demikian ketika meresmikan Sukan Olahraga Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II FELDA, Ijok pagi tadi.

Perak bukan sahaja sebuah Negeri yang besar, tetapi memilikki pelbagai kemudahan sukan yang canggih, sedang Negeri sekecil Perlis mampu meraih - 5 emas, 6 perak dan 8 gangsa di tangga ke 7.

Saya berharap bedah siasat perlu segera dilakukan bagi mengetahui punca sebenarnya kegagalan tersebut dan harus dijadikan iktibar bagi persediaan menghadapi kejohanan yang lain selepas ini.

Sukan kini penting dalam membantu menjana ekonom Negara dan ramai atlit yang kini menjadikan sukan sebagai karier mereka.

Ramai bakat-bakat baru yang boleh dicungkil melakui sukan peringkat sekolah dan ini terbukti dengan atlit yang mewakili Negara.

Rumah Merah muncul Johan keseluruh, meninggalkan Rumah Biru sebagai Naib Juara dan Ketiga Rumah Hijau dan Kuning di tempat keempat.

Turut hadir ialah Penolong Pengurus FELDA, Ijok, Badu Ganti bin Kolan, Ketua Kampung, Haji Sukur bin Jaman dan Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Sultan Idris II, Sudirman bin Abdul Ghani.

0 comments: