Template by:
Free Blog Templates

30 June 2011

Seni Kraf









Rakyat Malaysia harus berjiwa besar dalam mengusahakan produk sendiri dan bersedia bersaiang serta menembusi pasaran antarabangsa.

Jika rakyat Negara lain mampu berbuat demikian, tidak ada sebab rakyat di Negara ini tidak boleh jika mereka memberi sedikit tumpuan dan menghasilkan produk yang berkualiti.

Saya berkata demikian ketika meresmikain bengkel sehari Seni Kraf Jahitan Manik Kepada Kumpulan Sasar Kemas Parlimen Larut di FELDA, Ijok.

Turut hadir Pengurus FELDA, Ijok, Aziz Mat Isa, Pegawai Kemas Daerah Larut, Matanfa dan Selama, Faridah binti Sailan, Pegawai Kemas Parlimen Larut, Nordin bin Abu Hassan dan Ketua Kampung FELDA, Haji Sukur bin Jaman.

Saya percaya, Pengusaha tempatan bukan sahaja memilikki kemaharian dan mampu menhasilkan produk mereka, tetapi harus mereka juga harus bersedia bersaing dengan pengeluar-pengeluar asing jika mereka mahu pergi lebih jauh ke hadapan.

Sebagai Ahli Dewan Undangn Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Saya bersedi untuk membantu Pengusaha-Pengusaha tempatan daam memasarkan produk mereka ke pasaran yang lebih besar.

Saya juga menyeru Kemas agar terus mengadakan program memberi khidmat nasihat dalam menyedarkan rakyat pentingnya mereka merebut peluang untuk berjaya dalam bidang perniagaan.

0 comments: