Template by:
Free Blog Templates

4 August 2008

Pertimbang subsidi tanaman jangka pendek

Pertubuhan Peladang kebangsaan (LPP) berhasrat mewujudkan peladang berstatus jutawan, demikian ditegaskan oleh Pengerusinnya, Tan Sri Abu Zahar Ujang, ketika merasmikan mesyuarat agung Pertubuhan Peladang Kawasan Batu Kurau, kelmarin.

Katanya, dalam dunia global, Peladang mesti mengubah sikap dan budaya, bahawa mereka tidak boleh pergi jauh. Jika bangsa lain, mampu melakukannnya tidak ada sebab, Para Petani, Penternak dan Peladang mencontohi mereka yang telah Berjaya.

Mereka diseru supaya merebut segala peluang yang disediakan oleh Kerajaan dan bersedia membuktikan kemampuan untuk Berjaya.

Sementara itu, beliau juga bersetuju dengan saranan saya Selaku Pengerusi PPK Batu Kurau, agar dipertimbangkan juga subsidi seperti yang diberikan kepada tanaman padi, kepada tanaman jangka pendek bagi menggalakan lagi masyarakat Luar Bandar, terutamannya Peladang menyahut kempen Bumi Hijau.

Saya berpendapat dengan adanya kemudahan itu, ia sebagai usaha permulaan untuk mencetus budaya bercucuk tanam bagi menggurangkan bebanan negara yang terlalu bergantung kepada mengimpot bahan-bahan makanan dari luar negara.

PPK Batu Kurau turut mendapat pujian kerana merupakan satu-satunnya PPK di Negari Perak yang langsung tidak ditegur oleh pihak Audit, demikian menurut Pengarah Pertubuhan Negeri, Haji Azhar Yunus.

Seramai 130 perwakilan hadir di persidangan tersebut termasuk Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri, Mohd Zaki Din.

5 comments:

Azuan wan said...

akm...ds..semoga sihat dan senantiasa dilindungi oleh Allah swt dari segala tipu daya syaitan yg senantiasa menyesatkan anak2 adam...amin..
ds..saya amat bersetuju jika peladang bt.kurau ikhlas membantu penduduk disini dalam merealisasikan impian kerajaan untuk memodenkan sector pertanian di negara ini..
Fungsi dan peranan yg dimain kan oleh peladang harus lah jelas,supaya ahli dan penduduk setempat memperolehi manfaat nya...
kawasan bt.kurau amat sesuai utk dijadi kan kawasan pertanian yg moden dgn kesuburan tanah,kerana jiwa dan semangat penduduk disini yg amat berminat dgn sector pertanian.
Tetapi Ds masalah utama yg dihadapi oleh penduduk disini adalah berkaitan dgn pemasaran/marketing..penduduk disini sememang nya mampu untuk panjat ke kaki bukit untuk meng usahakan tanah pertanian dgn pelbagai tanaman sama ada buah-buahan atau pon sayur-sayuran..tetapi apabila tiba untuk di sector pemasaran ia menjadi lemah..apabila nak jual tak boleh atau pun harga yg ditawarkan rendah maka..semangat untuk mengusahakan nya hilang...
Kalau boleh pihak DS cuba untuk bantu dalam bab pemasaran ini..kerana saya dapati tiada langsung bantuan dari FAMA kaw.batu kurau dalam bab pemasaran ini..apa yg fama buat apabila org kg tak boleh jual durian pasal lori cina tayar pancit..apa yg FAMA buat bila berlaku longgokan durian..apa yang fama buat bila org kg terpaksa jual durian 3 biji 50 sen...kewujudan dan fungsi FAMA kaw.batu kurau harus lah seiring dgn dasar kerajaan..jangan lah kewujudan nya hanya sebagai gajah putih..Bantulah pak tani melayu ini utk memasarkan hasil kami..
Lagi satu ds tentang kewujudan dan fungsi lembaga pertanian kawasan...fungsi dan peranan nya haruslah kearah permodenan sector pertanian...tak ada guna nya bila musim durian nak buat bancian terhadap durian yg org kg tanam di bukit/dusun dengan benih durian kg..bukan durian kawin..bukan nya benih yang di bekal kan oleh lembaga pertanian kaw..sepatut nya buat lah kajian terhadap buah yg di hasil kan oleh benih yg mereka bekal kan...

Shah Efendy said...

YB Dato' Raja,

Biarlah orang kata tidak bagus amalan pemberian tongkat. Apapun, subsidi masih perlu diberi kepada orang Melayu kerana ianya diangggap perlu bagi mewujudkan keseimbangan dan keadilan agihan kek ekonomi. Hidup pejuang-pejuang Melayu !

ketam said...

Just wonder why as a MUSLIM,Anwar and family and supporters BERMATI-MATI when Raja Petra,BAla and Dr Mynamar make a PERAKAUAN BERSUMPAH but accused Saiful a liar when he make a PERAKAUN BERSUMPAH WITH HIS GOD'S NAME?? Why?? Maybe he doesnt believe god's way..

hafiz said...

apapun dato', saya sebagai anak perak tetap bersama pakatan rakyat dan berdiri di belakang YAM Menteri Besar Ir Nizar. Umno bagi saya dah takda makna. Apalagi bila membaca sejarah yang sebenar2nye. Cuma satu harapan saya kepada UMNO, tolong jangan kacau Pakatan di Perak. Kalaulah nak sesangat nak bela melayu (konon2nye) masuk jela dalam PAS atau PKR. kurang2 bertambah wakil melayu dalam kerajaan pakatan di perak. Hidup Rakyat!!! Hidop Bangsa Malaysia!!!

Budak Kuala Kenas said...

YB,
Ngape tak de posting baru nih.. BN kalah lagi di Permatang Pauh.. ape kate YB?