Template by:
Free Blog Templates

25 July 2008

Bertekad rampas kembali pentadbiran Perak

Ahli-ahli UMNO sewajarnya peka dan bersemangat tinggi dalam usaha mendapatkan semula pentadbiran Kerajaan Perak ke tangan BN.

Adalah tidak keterlaluan jika Negeri Perak dapat kembali ke tangan BN, sebelum pilihanraya umum yang ke-13. Begitupun, ahli-ahli parti mestilah mengutamakan perpaduan dan sebarang perpecahan, bukan sahaja melemahkan jentera parti, tetapi menyebabkan mereka yang di luar juga merasa hilang keyakinan.


Pengumuman Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli bin Tan Sri Ghazali Jawi bahawa BN akan kembali mentadbir Negeri Perak dalam masa terdekat ini, seharusnnya dilihat sesuatu yang positif dan berita yang mengembirakan.

Umum tahu bahawa Kerajaan Campuran yang ada pada hari ini amat rapuh dan tidak mungkin mereka boleh bertahan lama.

Justeru, kiata berdoa ke hadarat Allah s.w.t. agar usaha untuk mendapatkan semula Kerajaan Perak akan menjadi kenyataan.


Dalam perasmian persidangan berkelompok 97 buah cawangan UMNO dalam Bahagian Larut menjelang mesyuarat yang akan bermula hujung minggu ini, saya turut mengingatkan seluruh ahli umno dalam Bahagian supaya mematuhi segala larangan dan tata cara sepanjang tempuh persidangan cawangan dan Bahagian berlangsung.

22 comments:

Budak Kuala Kenas said...

YB Raja

Bagi saya perpecahan dalam UMNO sukar untuk dibendung. Terlalu banyak kepincangan sehingga tidak lama lagi mungkin orang UMNO pun akan malu untuk mengaku ahli UMNO. Untuk berjaya UMNO perlu usaha yang luar biasa..

encik MIE said...

http://dewawang.blogspot.com

lakukan yang terbaik dan tunaikan janji, insya allah rakyat akan pilih BN-UMNO bukan sahaja di Perak bahkan di semua tempat.

tahun 1998-1999, UMNO hampir tenggelam, tapi TDM menyelamatkannya. 2004, kita tahun bertuah tapi 2008, UMNO dan BN leka dengan kesenangan yang diperolehi. Apapun, jadikan pengalaman pahit dan manis hidup sebagai pengalaman, sempadan dan pedoman.

SELAMAT BERJUANG DAN SEMOGA BERJAYA BUAT DUN KUBU GAJAH DAN SELURUH UMNO DAN BN di malaysia.

Abd Bashid Harun said...

Saya optimis BN di Perak akan berkuasa semula. UMNO pula akan diperkukuhkan.

if only... said...

YB sekalian..Yang Berhormat, Yang Berkhidmat...

Rata-rata orang Melayu tetap sayangkan Umno dan sedih dengan apa yang terjadi. Ahli Umno ramai yang dah lupa asas perjuangan dan kedudukan yang mereka peroleh adalah kerana rakyat...selagi ahli Umno yang konon2nya berkuasa ni lupa asas perjuangan, siapa `tuan' sebenarnya (rakyat), Umno akan terus melarat....

Anonymous said...

Salam YB..ana cuma nak penjelasan berkenaan peruntukkan wang yang sepatutnya disalurkan kepada pembaikan surau kg sg malau luar yang dikatakan telah dimasukkan kedalam peruntukan kg tebing tinggi..ana tahu kisah YB, kg kami ni memang kuat pas YB tahukan dan ana sendiri tahu sejarah YB. Ana sendiri kawan dengan adik YB sewktu sekolah di SMDHH, Selama....untuk YB cukuplah apa yang YB lakukan di kampung kami...langsung tak pernah jenguk. Apa takutkah kalau setakat bangunkan prasarana kg tebing tinggi tu apalah sangat dari membangunkan jiwa rakyat dengan ilmu agama..Tahniah Pas kerana berjaya mewujudkan Markas PAS terbesar di kubu kuat YB di Tebing Tinggi..moga PAS akan subur di sini insyaalah...

Azuan wan said...

akm...ds..
saya amat berminat dengan tajuk ini di mana penyatuan parti melayu..untuk membolehkan org melayu kembali berkuasa di negeri perak...
sejarah antara PAS dan UMNO pasti berulang sperti mana zaman datuk Asri Muda yg mana pas telah di satukan dengan UMNO,kesan dari peristiwa mei 13...
Tetapi tidak kekal lama pada tahun 1971 UMNO telah menceraikan PAS dengan Talak Tiga..maka Pas pun menjadi lah janda yng terkenang akan sepak terajang UMNO..maka kesan itu masih mendalam dalam ingatan PAS...malah parut pun masih lagi kelihatan....oleh kerana peceraian ini talak nya tiga maka UMNO sudah tidak boleh lagi bersatu dengan PAS keculi PAS disatu kan dgn parti lain...
Maka kahwin lah pas dengan PKR di cina buta kan oleh DAP...jadi sekarang boleh lah UMNO merampas kan kembali janda nya...yg telah dicina butakan ..itu...
Atas kepentingan melayu..kuasa melayu...kepentingan agama islam..yang semakin terhakis..terhapus ini adalah sangat wajar UMNO disatukan dengan PAS...ingatlah tujuan kita berpolitik...adalah untuk kepentingan bangsa agama dan tanah air....
p/s sedih dengar lagu anak kecil main api,masa nyayi kat tabika kemas

mcgergok said...

yb raja
sebenarnya rakyat cukup meluat dengan sikap pemimpin umno yang hanya pentingkan diri sendiri saja. baru jadi Yb rumah mengalahkan istana kereta mewah macam susun pasu bunga. ni kat tempat saya.nak bertanding kena habis duit beribu untuk rasuah sana -sini. kalau menang ada can jadi kaya.
baling-lanie blogspot.com

Unknown said...

andaikata UMNO ditolak oleh rakyat, maka rakyat sudah mulai tidak mengenangkan jasa UMNO..
namun begitu, sebagai anak muda, saya melihat kepemimpinan UMNO harus melakukan sesuatu anjakan untuk memulihkan parti. Serius,
UMNO masih lagi relevan dan kekal relevan..

Anonymous said...

Pengganti tidak lebih bersih daripada UMNO. Percakapan sahaja besar, tetapi tindakan senyap leih membahayakan. Daripada mencatur nasib negara kepada sesuatu yang belum tentu lebih baik kekal kepada parti yang berjasa dan berpengalaman mengurus tadbir negara. Jika ada kesilapan, kesilapan itu wajar dibetulkan bukan cara menolak UMNO sama sekali. Sebagai generasi muda saya tetap berkeyakinan bahawa UMNO tetap relevan dan optimis UMNO boleh diperkukuhkan semula.

Anonymous said...

PAKATAN RAKYAT CUMA BERNASIB KALI INI TAPI AKAN DATANG MEREKA AKAN TERIMA PADAHNYA KERANA MEMBERI TANAH UNTUK KEPENTINGAN KRONI DAN POLITIK SEMPIT MEREKA.

Anonymous said...

MEREKA SILAP KERANA YANG KALAH BUKAN UMNO TAPI YANG KALAH TERUK KOMPENON BN YANG LAIN SEPERTI MIC,MCA,GERAKAN DAN PPP.ORANG MELAYU MASIH SAYANGKAN UMNO.

Anonymous said...

umno melayu. melayu umno. itu lah selogan keramat yang menyelamatkan umno..zaman dulu bolih la..pimpinan umno perbodoh kan umat melayu..cukup lah dah 50tahun melayu apa yang ada? agama? bahasa?bangsa?ekonomi?tanah rizaf melayu?semua nya hancusss..deb??? hanyalah untuk memperkaya elit umno dan kroni.UMNO PENGKIANAT BANGSA. PEROSAK NEGARA. KUBURKAN UMNO!!!DARI BUMI MALAYSIA!!!

Anonymous said...

pertamakali sidang DUN disiarkan melalui IT.buruk bebeno perangai adun2 BN yang diketuai mantan MB tajol end the geng. Raja ahmad.dr zambri.lagi 2ekor betina dr ipoh...sunguh memalukan berhujah macam penyamun.. memalukan.. jika rakyat perak dapat lihat gelagat2 adun ni semasa sidang dun yang lalu..jangan kita pangkah/undi orang2 yang macam ni...buang mase jer...menyesal tak sudahhhhh..

Pakngah said...

KEKALAHAN BERMULA DARI PEMIMPIN ITU SENDIRI.TIADA USAHA UNTUK MENDAMPINGI RAKYAT DAN MENDENGAR KELUHAN RAKYAT.SILA LAWATI BLOG SAYA

http://pakngahkksr.blogspot.com

Anonymous said...

tajol rosli n the geng gila meroyan.sebab tak bolih tibai harta negeri..tu.. yang naik sasau.. sudah lah...rakyat tunggu pr13 kita kuburkan umno...

Anonymous said...

cdsxx

Anonymous said...

induk lintah murah rm1.60 0124574344

Anonymous said...

penapis air murah rm600 contact 0124574344

Anonymous said...

peluang niaga tanpa modal contact 0124574344

Anonymous said...

sudahlah membelasah umno!

umno dah melingkop kat perak!

pii kacau pahang pulak lah !

Anonymous said...

sipa mau minyak batu unta buleh kontak ana!
019999999

Anonymous said...

go on brother dreammm ..... Perak tak akan kembali ke pangkuan BN lagi dah ....
Umno parti terbaik untuk melayu ....tetapi pemimpin umno telah mengkhianati hak dan kepercayaan rakyat .... namakan satu pemimpin umno masa kini yang boleh secara jujur mengaku tidak pernah mengkhianati orang melayu ???
tolong jawab kepada dhamir sendiri ...