Template by:
Free Blog Templates

4 July 2008

Sidang Dewan Perak perlu diperkemaskan untuk penuhi hasrat rakyat

Sidang Dewan Perak yang berakhir Jumaat lalu, menyaksikan kelibat kerajaan baru. Dalam tempoh tidak sampai sehari bersidang, kami telah dinafikan hak untuk membahaskan titah ucapan DYMM Paduka Seri Sultan Perak yang merasmikan pesidangan tersebut pada hari Selasa.

Saya yang sepatutnnya menyambung perbahasan pada keesokan harinya setelah pada petang Rabu, agak kesuntukan masa kerana masuknnya waktu solat maghrib, dinafikan oleh Speaker Dewan, walaupun keputusan Timbalan Speaker yang mempengerusikan mesyuarat bersetuju untuk saya berbuat demikian.

Saya bekali-kali memberi dan meminta penjelasan, tetapi tidak diendahkan oleh Speaker yang terus memberikan peluang berucap kepada wakil daripada kerajaan. Anehnnya, Speaker memberitahu saya boleh pula berucap selepas itu. Tindakan berdolak dalik beliau menyebabkan mantan Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Tan Sri Ghazali bangun, meminta agar Speaker membenarkankan saya menyambung perbahasan.

Oleh kerana Speaker tetap dengan keputusannnya, kami semua terus bangun dan memulaukan sidang sebagai tanda membantah sikap tidak konsisten dan adil Speaker sepanjang sesi perbahasan, walaupun kami tetap menyokong usul titah ucapan tuanku yang isi kandungannnya cukup menarik bagi dijadikan panduan kerajaan negeri terutama isu mengenai salah guna mesjid untuk politik kepartian.

Lebih mengeruhkan lagi keadaan apabila seorang daripada anggota kami telah diancam oleh seorang pemerhati di luar dewan sebaik kami keluar beramai-ramai. Setelah laporan polis dibuat, lelaki berkenaan dikatakan pemandu seorang anggota exco. Perbuatan lelaki itu turut menimbulkan persoalan tahap keselamatan kami ahli-ahli dewan.

Speaker juga tidak konsisten dalam ucapannya apabila tidak mematuhi keputusan beliau sendiri untuk menangguhkan dewan pada hari Jumaat iaitu pukul 12.30 tengahari sehingga saya terpaksa menggunakan perintah tetap untuk memberikan pandangan.

Sepanjang sidang Dewan selama tiga hari itu terus mencentus kekecuhan akibat di luar kawalan speaker yang berat sebelah, ditambah pula dengan jawapan Menteri Besar yang sentiasa dipertikaikan. sikap tidak profesional Menteri Besar walaupun ditegur berkali-kali agar memperbetulkan fakta dalam jawapannnya, tetapi langsung tidak mempedulikannnya.

Saya sendiri agak terkejut apabila beliau menyatakan bahawa Kerajaan BN dahulu dalam banyak lot tanah yang telah diberikan kepada komponen parti termasuk Bahagian Larut, Matang dan Selama, sedangkan mana ada bahagian sedemikian rupa. Saya bangun meminta penjelasan untuk memperbetulkan fakta berkenaan dengan mempertahankan bahawa sebidang tanah di Kamunting yang dimaksudkan oleh Menteri Besar itu tidak pernah diberikan kepada Bahagian Larut dan jawapan Menteri Besar itu mungkin satu kesilapan.

Akhirnnya saya menghubungi Ketua Penolong Pegawai Daerah Larut, Matang dan Selama (Tanah), Pegawai Daerah dan Pengarah Tanah dan Galian Perak yang ternyata jawapan yang disediakan itu adalah bermaksud sebidang tanah di Kamunting dalam Daerah Larut, Matang dan Selama dan langsung tidak menyebut Bahagian UMNO. Jika pun lot itu bermaksud kepada Bahagian UMNO ia adalah kepada Bahagian Taiping dan bukan Larut.

Menteri Besar dalam pengulunggannnya pada hari Jumaat akhirnnya memperbetulkan fakta berkenaan. Selain daripada itu turut menjadi kesangsian kami ialah berhubung dengan penubuhan jabatan agama bukan Islam Perak. Mengelirukan lagi ialah penjelasan Menteri Besar bahawa ialah belum ditubuhkan, tetapi baru di peringkat urusetia, sedangkan dalam laporan sebuah akhbar tempatan, anggota exco daripada parti DAP telah membuat kenyataan berbeza.

Susunan soalan lisan dan peluang mengemukakan soalan tambahan juga turut dipertikai kerana dianggap berat sebelah. Lebih menyedihkan lagi apabila Speaker tersasul mengatakan bahawa soalan yang tidak dinaikan adalah berupa yang tidak berkuatiti. Tetapi kenyataan beliau itu turut memakan diri apabila beliau pada mulannya menyebut tiada soalan berbau politik diberikan keutamaan, anehnnya itulah soalan yang diajukan oleh wakil kerajaan yang diberikan perhatian khusus.

Saya sendiri telah mengemukakan soalan-soalan lisan, seperti bertanyakan Menteri Besar mengenai jumlah simpanan dana negeri setakat ini? Soalan-soalan lain yang dikemukakan adalah seperti berikut;

2) Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar (BN-Kubu Gajah) meminta YAB Menteri Besar Perak menyatakan Blue Print Kerajaan Negeri dalam menumpukan pembangunan setiap kawasan DUN luar bandar di Negeri Perak, samada jangka pendek atau penjang selaras selaras menjadikan Negeri Perak, MAJU?

3.Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar (BN-Kubu Gajah) meminta YAB Menteri Besar Perak menyatakan rancangan penubuhan Jabatan bukan Agama Islam Perak setakat ini?


Manakala Soalan-Soalan Bertulis

1.Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar (BN-Kubu Gajah) meminta YAB Menteri Besar Perak menyatakan samada Majlis Bandaraya Raya Ipoh (MBI) dan Pihak Berkuasa Tempatan yang Lain terutama Majlis Perbandaran di Negeri Perak bercadang menurunkan kadar cukai taksiran, jika ia bila? Jika tidak kenapa?

2.Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar (BN-Kubu Gajah) meminta YAB Menteri Besar Perak menyatakan berapakah kerugian yang ditanggung oleh Majlis Bandaraya Ipoh ( MBI) berikutan tindakan penghapusan saman kesalahan trafik dan penjaja baru-baru ini?

3.Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar (BN-Kubu Gajah) meminta YAB Menteri Besar Perak menyatakan Bilakah perlantikan Ahli-Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan dilantik?

4.Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar (BN-Kubu Gajah) meminta YAB Menteri Besar Perak menyatakan Apahkah Kerajaan Negeri menggunakan Format yang sama yang digunapakai oleh Kerajaan Negeri BN dahulu dalam pendekatannya menyelesaikan masalah kemiskinan di kalangan Masyarakat Luar Bandar?

5.Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar (BN-Kubu Gajah) meminta YAB Menteri Besar Perak menyatakan apa kah tindakan yang telah diambil setakat ini ke arah menutup Pusast-Pusat maksiat sebagai usaha menggurangkan masalah sosial.

Diharapkan sidang dewan kali pertama selepas pilihanraya umum ke 12 yang tercalar itu dapat diperbetulan dalam sidang yang akan datang. Ini penting lebih-lebih lagi sidang kali ini disiarkan secara langsung dalam internet dan rakyat yang telah memberikan kepercayaan kepada setiap ahli dewan mahukan wakil-wakil mereka menggunakan sidang untuk menyuarakan pandangan-pandangan bagi kemajuan negeri ini.

0 comments: