Template by:
Free Blog Templates

6 July 2008

Jauhi fitnah tumpu kepada usaha perbaiki taraf hidup

Sabtu lalu, ketika berucap merasmikan majlis program IKTIRAF anjuran seranta FELDA Jabatan Perdana Menteri di rancangan tanah FELDA Ijok dalam kawasan Dewan Negeri Kubu Gajah, saya telah meminta masyarakat agar menjauhkan diri daripada tepengaruh dengan sebarang budaya fitnah yang bukan sahaja bertentangan dengan agama, tetapi juga boleh mencetuskan perpecahan dan huru hara.

Warga FELDA seharusnya bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan oleh Allah S.W.T. dan usaha Kerajaan dalam mengubah cara hidup mereka dahulu, sekarang dan juga pada masa depan.

Perbuatan pihak-pihak yang cuba menggunakan politik bagi memburuk-burukan mana-mana pemimpin adalah semata-mata mereka telah kekeringan modal bagi maksud kepentingan politik mereka yang tidak ada hala dan arah tuju.

Peneroka beruntung kerana mereka kini diletakan di bawah jagaan seorang Timbalan Perdana Menteri yang sentiasa berusaha untuk memajukan FELDA berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah seperti masyarakat yang lain yang turut juga mendapat nikmat hasil dasar dan kecekapan Kerajaan BN.

Turut hadir ialah Setiausaha Politik TPM, Datuk Shahlan Ismail yang turut memberikan ceramah. Di majlis itu juga disampaikan amanat TPM sempena misi 50 tahun FELDA iaitu Peneroka Masyarakat Contoh Luar Bandar; Menjadikan Peneroka Berpendapatan Menengah; Membina Generasi Warga Peneroka, FELDA sebagai Pelaku Global: dan Memperkukuhkan Budaya Organisasi FELDA.

Saya juga turut merayu agar masalah yang sedang dihadapi oleh generasi kedua rancangan FELDA Ijok yang agak ramai untu mendapatkan peluang pekerjaan dapat segera diberikan perhatian dan tindakan oleh pihak yang berkenaan.

Selain daripada itu, Saya juga meminta jasa baik Datuk Shahlan agar dapat membuat tindakan susulan ekoran kelulusan yang telah dibuat oleh bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman ketika melawat FELDA Ijok semasa pilihanraya Umum yang lalu, mengenai kelulusan projek sebanyak RM 350,000 bagi tujuan menaikan taraf kemudahan sukan di situ.

Di akhir majlis, saya juga telah menyampaikan hadiah-hadiah pelbagai pertandingan yang dianjurkan sempena program tersebut.

9 comments:

Shah Efendy said...

YB Dato' Raja,

Tidak ramai yang mengetahui kes DS Anwar Ibrahim pada masa lalu. Bagi orang kampung atau mereka-mereka yang bersimpati kepada DSAI, apa saja yang dialun oleh Pakatan Rakyat terutama PKR sekarang betul belaka. Justeru, saya ingin sarankan supaya YB Dato' dapat ulangsiar tulisan terkini Tun Mahathir dari www.chedet.com (juga dipetik oleh Agenda Daily) mengenai DSAI untuk dibaca dan difahami oleh masyarakat kawasan Dato' khususnya. Ianya tidak lain adalah bertujuan bagi mengelakkan mereka dimomokkan dengan fitnah yang tidak berkesudahan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab !

Raja Adley Paris Ishkandar Shah bin Raja Baharudin said...

Assalammualaikum

Ke hadapan YB Dato'Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Hj. Omar.

Pertama sekali izinkan patik memperkenalkan diri patik terlebih dahulu. Nama patik Raja Adley Paris Ishkandar Shah bin Raja Baharudin bin Raja Lope Zainuddin bin Tok Seri Indera Jaya Raja Shahbudin. Keluarga patik berasal dari negeri Perak dan sekarang menetap di Kedah.

Tujuan patik menghubungi YB Dato'Seri adalah untuk bertanyakan satu soalan. Adakah dalam keluarga YB Dato' Seri mempunyai ahli keluarga yang bernama Raja Haji Jaafar yang pernah berkhidmat sebagai guru di sekolah Melayu dan beliau ini dikatakan berkahwin dengan YM Raja Teh Saodah bt. Tok Seri Indera Jaya Raja Shahbudin. Jika ada patik mohon butirannya kerana patik ingin melengkapkan salasilah keluarga patik. Dan jika maklumat tersebut tidak tepat, patik memohon maaf kepada YB Dato' Seri.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Raja Adley Paris Ishkandar Shah bin Raja Baharudin

e-mel - ibn_baharudin@yahoo.co.uk

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

dato' sekarang orang bukan sahaja berani buat fitnah dan tabur benda-benda yang tidak baik, tapi juga SUDAH BERANI BERSUMPAH...

Orang dah tidak takut Tuhan, tidak gentar dengan undang-undang dan berasa diri kuat. agenda barat seperti 100 peratus kebebasan individu, tiada sifat tolak ansur, menyemai kebencian, melawan jika tidak puas hati daripada bersabar, mengadu domba dsb...

apapun, macam kata TPM kita, Atas dunia lagi tuhan akan membalasnya, tak payah tunggu di akhirat...


pkrpasdap.blogspot.com

Budak Kuala Kenas said...

YB Dato'

Tingginya pujian pada TPM yang penuh misteri. Apalah sangat dengan pencapaian yang ada, tidaklah seberapa jika mengambilkira masa 50 tahun UMNO memerintah. Apalah hebatnya orang UMNO dalam penggunaan peruntukan kalau tidak songlap sebahagian. Apa yang orang UMNO tahu tentang perlaksanaan, pasti saja penuh dengan pembaziran. Selamat terus membodek!

taipingmali said...

Tingginya pujian pada TPM yang penuh misteri. Apalah sangat dengan pencapaian yang ada, tidaklah seberapa jika mengambilkira masa 50 tahun UMNO memerintah. Apalah hebatnya orang UMNO dalam penggunaan peruntukan kalau tidak songlap sebahagian. Apa yang orang UMNO tahu tentang perlaksanaan, pasti saja penuh dengan pembaziran. Selamat terus membodek!

17 July 2008 21:45

BUKA MATA HATI , BUKA MINDA LIHAT KIRI DAN KANAN, KALAU TAK NAMPAK APA YANG ADA SEKELILING KITA DARI SUDUT PEMBANGUNAN FRASARANA DAN PEMBANGUNAN UMMAH/INSAN ,

MAKA ANDA JELAS TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG YANG TIDAK TAHU BERSYUKUR DENGAN APA YANG DIANUGERAHKAN OLEH ALLAH. MANUSIA BERUSAHA.UMNO BERUSAHA. PAS HANYA PANDAI KUTUK ORANG, PKR LAGI LAH HANYA PARTI UNTUK BALAS DENDAM.

anaiz said...

teruskan membodek. untung-untung dapat ke parlimen lagi. tak gitu raja bodek

Azuan wan said...

akm...YB ds semoga sihat hendaknya dah lama tak melayari blog ds..rupanya masih aktif lagi blog ini...baguih la...
ZAMAN FITNAH TERUS MEMBADAI NEGARA Dengan kerosakan dan perpecahan dikalangan umat islam amatlah ketara...kalau di kampong lani pecah pasal nak rebut ketua cawangan..nak rebut ketua kampung..nak rebut tok imam masjid ..ajk kg,ajk masjid dan sebagai nya....maka timbul lah perbagai cerita yg tak enak untuk didengar....
Ini adalah kerana kuasa,pangkat,duit dan seantero dengan nya maka UMAT ini sudah tidak boleh lagi berkata benar..
Sudah sanggup menjadi fasik kerana mempertahankan kedudukan,pangkat dan seantero dgn nya..BERKATALAH BENAR WALAU PUN PAHIT..BERKATALAH BENAR WALAU PUN KUASA POLITIK MU AKAN HILANG...SANGGUPKAH KAMU MENJADI ORG2 YG FASIK DAN DIBAKAR OLEH ALLAH SWT DIDALAM NERAKA JAHANAM..KERANA KAMU MEMPERTAHANKAN BENDA YG DUSTA...

Budak Kuala Kenas said...

taiping mali said

"BUKA MATA HATI , BUKA MINDA LIHAT KIRI DAN KANAN, KALAU TAK NAMPAK APA YANG ADA SEKELILING KITA DARI SUDUT PEMBANGUNAN FRASARANA DAN PEMBANGUNAN UMMAH/INSAN ,

MAKA ANDA JELAS TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG YANG TIDAK TAHU BERSYUKUR DENGAN APA YANG DIANUGERAHKAN OLEH ALLAH. MANUSIA BERUSAHA.UMNO BERUSAHA. PAS HANYA PANDAI KUTUK ORANG, PKR LAGI LAH HANYA PARTI UNTUK BALAS DENDAM"

and I say

You must be one among those complacent malays, blinded by UMNO stupid slogans. What we have today is so little compared to our true potential becoming a better as malays and nation. You must have been blinded by the stupid UMNO slogans..

Anonymous said...

sama saja... orang yang bercakap tentang fitnah pun kadang-kadang aki pemfitnah juga. begitulah adat dunia. apapun kembalilah pada allah. jangan terlalu tergoda dengan kesronokan dunia dan melupakan hidup d akhirat yang tiada noktah... takut: sepi... di akhirat