Template by:
Free Blog Templates

31 August 2008

MERDEKA...insafi perjuangan generasi dahulu

Seperti rakyat Malaysia yang lain, saya turut merasa syukur dan berbangga kerana dapat menyambut hari Ulang Tahun Kemerdekaan Negara.

Sama ada kita sambutnnya dengan bebesaran, meriah atau sederhana, tidaklah menjadi penting kerana bagi kita memadai dengan adanya rasa kesedaran memperingatai hari yang bersejarah ini.

Sambutan ini amat bermakna kepada rakyat Malaysia bagi memperingati sejarah susah payah, detik halangan, ranjau dan duri ketika pemimpin terdahulu bergelut untuk menebus cengkaman penjajahan.

Hanya sejarah silam banyak mengajar kita tentang ertinya Kemerdekaan. Semoga generasi muda akan insaf, segala perjuangan yang telah ditaburi oleh generasi terdahulu. Tanpa mereka siapalah mereka hari ini.

Semoga sambutan kemerdekaan kali ini akan mendorong kita untuk terus berazam membantu negara dalam mencapai kemajuan yang lebih pesat dengan menjauhkan diri dari segala persengketaan yang boleh membawa mala petaka kepada kita semua yang sentiasa cintakan keharmonian dan kesejahteraan.

Merdeka Merdeka Merdeka

17 comments:

epain said...

datuk...

nape tak reply a few comments sebelum ni?...

nilah antara contoh kurang baik...one way communication...n dtk still mengamalkan apa yg pemimpin bn lain amalkan...dengar cakap diorang sedangkan suara rakyat tetap berguna...

kalau dtk nak baca atau terima apa yg datuk kata/tulis....apa kata datuk tutup je ruangan comment....

Anonymous said...

salam datuk, bestnya menginsafi perjuangan dahulu..itu dulu le ..perjuangan la ni hanya mengisi tengkolok pemimpin, keluarga dan kroni aje. Tak caya tengok apa dah jadi dengan DEB kita..capai ke tak capai..apa masalahnya ! jangan kira pencapaian GLC, itu under government..sedihkan tengok kemerdekaan kita sekarang..agak-agak datuk, anak cucu datuk nanti mesti marahkan datuk sebab tak perjuangkan nasib bangsa kan !! tengoklah nanti..bye

Azuan wan said...

akm...ds moga ramadhan kali ini membawa keberkatan kpda ds dalam meneruskan perjuangan memertabatkan agama bangsa dan tanah air dipersada dunia-amin..

"MERDEKA...insafi perjuangan generasi dahulu"

1)Amatlah besar perjuangan genarasi dulu dalam perjuangan mendahulukan perjuangan utk agama,bangsa dan tanah air melebihi kepentingan peribadi.(sekarang kepentingan peribadi mendahului perjuangan)

2)Kalau kita perhatikan di kg-kg biasa nya generasi2 pejuang dahulu bnyk yg dah meninggal kan kita kalau ada mungkin sekarang ni kurang sihat..jadi adalah lebih baik kita yg menikmati hasil perjuangan mereka ini meng ziarahi mereka...

3)bagi UMNO makcik2 yg dulu bertugas sebagai perayu undi/tukang kempen bagi pihak parti UMNO sekarang ni ramai yg uzur *tanya ketua cawangan*ada yg kena pakai pampers saya harap jasa mereka jgn lah dilupakan

4)seperti mana UMNO melupakan jasa TUN DR.Mahathir yg menghidupkan kembali parti UMNO setelah ia di haram kan..Dan begitu besar sekali jasa dan bakti TUN kepada UMNO hari ini UMNO lupakan...

5)Baru lah layak pemimpin UMNO mengajak dan bercakap untuk meng insafi perjuangan genasi dahulu...

*Biar kita berjalan lurus dahulu barulah kita ajak org jalan lurus..KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN

aireenn said...

Kemerdekaan.. besar maknanya dan tak ternilai harganya. Sama-samalah kita menjaga dan mengekalkan keamanan & perpaduan yang kita kecapi.

Syukurlah.....

SALAM RAMADHAN.....

M.Saad said...

51 tahun merdeka: BN wariskan pekan 'Koboi' untuk rakyat
Mohd Sabri Said
Wed | Sep 17, 08 | 12:09:34 pm MYT
SELAMA, 17 Sept (Hrkh) - Pekan Sungai Bayu yang terletak kira-kira 15 kilometer dari pekan Selama, Perak masih ketinggalan dari sudut pembangunan walaupun negara telah mencapai 51 tahun kemerdekaan. Iklan



Pertukaran Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) sejak dulu langsung tidak meninggalkan kesan pembangunan yang sewajarnya melainkan projek yang dilihat berkepentingan kroni sahaja.

Banyak bangunan rumah kedai hampir roboh dan ada antaranya reput menanti rebah sedangkan BN sering melaungkan pembangunan untuk rakyat namun semuanya bak kata 'cakap tak serupa bikin'.

Agenda pembangunan hanya mainan mulut kepimpinan Umno dan BN takkala mencari undi dalam kempen pilihan raya umum tetapi bila menang pekan yang sedia usang bertambah sepi seperti "Pekan Koboi'.

Mana dia Adun Selama, Dato' Haji Daud dan Ahli Parlimen Larut, Dato' Hamzah Zainudin yang dulunya bermanis muka, kerap ke kampung-kampung, bertegur sapa atau belanja makan penduduk akhirnya jarang kelihatan kelibat bila tiket kemenangan di perolehi.

Sepatutnya, kedua-dua berganding bahu mengemukakan pandangan kepada Kerajaan BN agar memajukan Pekan Sungai Bayu dengan menaik tarafkan menjadi Pekan Batu bukan lagi bangunan kayu yang usang.

Bagi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sungai Garuk, Mohd Saleh Zainol Abidin, BN terbukti gagal memajukan pembaharuan di Pekan Sungai Bayu walaupun telah diberikan amanah memerintah 51 tahun.

Sepatutnya, pekan tersebut dimajukan seiring dengan kemenangan BN yang acapkali menjanjikan pembangunan dalam setiap kempen mereka bukan semakin mundur.

"Pekan Sungai Bayu jauh ketinggalan dari Pekan Selama dan apa yang harus rakyat fikirkan ialah di mana janji kepimpinan BN yang selama ini diberikan amanah, " tegasnya.

Manakala JKKK Sungai Bayu, Zakaria Awang juga mengakui suasana pekan usang itu bertambah sepi apabila rumah kedai yang ada semakin usang dan tidak berpenghuni.

Bila pekan kekurangan aktiviti jualan di mana orang ramai akan berkumpul melainkan datang membeli juadah berbuka di bulan Ramadhan atau berbual-bual di kedai kopi usang.

"Masyarakat di sini sebenarnya mahukan pembangunan tetapi sayang ia masih tidak menjadi kenyataan. Biarlah pembangunan di sini memberi keuntungan kepada penduduk bukan pembangunan sehingga menyebabkan orang kampung terpaksa gadaikan tanah atau lari ke tempat lain kerana kesempitan hidup, " ujarnya yang baru sahaja diberi mandat menjadi JKKK di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak. - mks. _

Anonymous said...

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=017009&Itemid=101

Azuan wan said...

Saya amat bersetuju dengan M.SAAD
memang ini yang berlaku sebenarnya

1.penduduk kaw. ni kalau nak ke pekan kalau tidak ada kenderaan sendiri meraka kena naik kereta sapu...MERDEKA 51 tahun..

2. balak di tebang dalam kawasan tadahan air yang mana paip air masyarakat punca air nya dari kawasan tersebut dan penduduk terpaksa minum air tanah merah..MERDEKA 51 thn

3.Baru-baru ni banjir yang besar dalam sejarah melanda kg-kg di kawasan ini hingga penduduk terpaksa tidur di dewan dan pihak bomba terpaksa di panggil utk membantu punca banjir tersebut adalah kerosakan kawasan tadahan air di sini akibat pembalakan -boleh lihat di google earth...MERDEKA 51 THN



2.Jadi saya nak cadangkan kita lantik wakil rakyat/wakil parlimen kita yang rumah kata pergi kubur kata mari sebab pa supaya cepat dia pergi lepas tu ada pilihanraya kecik...banyak la projek nak bagi..

3. Mengundi parti selain BN supaya BN kalah bila BN kalah baru depa nak bagi projek contoh dewan serbaguna di kg pantai besar bila kalah BOLEH BUAT dan kalau kita lihat di kelantan bila nak election mesti banyak projek di janji kan.KITA TAK PERLU TAKUT SEBAB TEMPAT KITA SEMUA MELAYU..

4. Kalau nak jadi wakil rakyat bila bulan puasa baru nak bagi buah kurma boh gambar dia kat kotak tak payah lah...tu sedekah tak ikhlas...sedekah yang ikhlas ni biasanya tangan kanan memberi tangan kiri pun tidak tahu...

UMNO PARTI PENJARA said...

Hari ini insaf..

Esok buat balik :-)



Ketua Pemuda UMNO ‘BERANI dan ‘MACHO’ ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com

taipingmali said...

Datuk Sri,

Suram saja blog ini,,,kenapa?

Azuan wan said...

alamak saya ada satu lagi ayat yg lupa nak komen pasal tajuk "MERDEKA...Insafi perjuangan generasi dahulu"
Ayat nya...."Biaqlah kat depa depa orang pencen"

Anonymous said...

salam,
sebagai penduduk selama saya amat kecewa dengan pembangunan selama. nak kata selama ditadbir oleh pembangkang tak juga. dah lima puluh tahun bn memerintah, tapi selama tetap seperti itu juga. sesuailah dengan ruangan dato sepi... dan dato sendiripun dah lama tak nampak kelibat di selama atau kawasan yang sama waktu dengannya... janganlah begitu dato... kami memerlukan pemimpin 'berwawasan' macam dato. perancangan dato macam kolej komuniti, mrsm, lapangan trerbang ect dah munkin pada peringkat akhir sebelum kelulusan kerajaan pusat sekarang. semoga dato terus berusaha

UMNO PARTI PENJARA said...

Kita lupakan perjuangan orang terdahulu... samalah kita lupakan pengorbanan ibubapa kita :-)


Selamat menyambut hari lebaran semuanya :-)
Saya doakan semuanya berbahagia dan selamat pulang ke destinasi ;-)





Amalan Rasuah Dan Pemuda UMNO Perlu Dibersihkan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com

Anonymous said...

ni apa kes ni?...

dah masuk bulan 10 pun tak update blog?...

dato', bil internet kena potong ke?...pc rosak ke?...

tu lah, org nak buat blog...dato' pun nak...hangat2 hangat najis ayam je lah.....'

Anonymous said...

nampak sembang baik punya dgn mat sabu kat airport penang hari tu, sori,nak tau jugak apa topik yang diperbualkan?

UMNO PARTI PENJARA said...

INFO TERKINI:

FAIZAL ZAKARIA TANDING KETUA PEMUDA UMNO - MUKTAMAD

RUJUK >> http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

Azuan wan said...

akm...ds
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR &BATIN UTK DS SEKELUARGA..

saya faham ds sekarang tengah sibuk kempen untuk pemilihan ketua bahagian...sebab tu blog ni tak update...

walau pon saat akhir berkempen lepas tu dapat cukup pencalonan pulak tu memang best gilerr...berkat buah kurma di bulan ramadhan la tu

Tapi yang tak syok nya ada pulak permain import yg kacau daun dulu kata hanya nak bertanding pilihanraya saja...janji tak mau kacau daun..tapi lani dok sibuk kempen nak tanding ketua bahagian...susah juga kalau permain import dah mula mintak hak kerakyatan ni...

apa pon selamat bertanding..

aireenn said...

Salam aidilfitri....

Semoga kita semua bersatu hati dan mengekalkan perpaduan yang ada sekarang...

Hidup Melayu!!!

Selamat bertanding Dato' Seri....