Template by:
Free Blog Templates

29 April 2010

Rumah diancam tebing sungai runtuh




Masalah rumah di tepi tebing sungai cukup membimbangkan saya. Saya telah berulang kali membangkitkan perkara tersebut di mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) meminta agar JPS mengambil tindakan segera bagi menggelakan sebarang kejadian yang tidak diingini.


Petang tadi, Saya meninjau keadaan rumah Abu Hassan bin Hashim, 62 tahun di batu 20 yang berada dalam keadaan bahaya jika tebing sungai runtuh akibat hakisan.


Jarak rumah beliau hanya dua meter daripada tebing sungai. Sebelum ini, jaraknya lebih daripada 20 meter, tetapi akibat hakisan keadaannya berubah. Perkara itu, telahpun dimaklumkan kepada JPS oleh Ketua Kampubg, Haji Mat Isa, tetapi tiada sebarang tindakan.


Abu Hassan mendirikan rumah di tapak miliknya sendiri dan bukan tanah simpanan mana-mana Agensi Kerajaan.

k dinafikan, banyak juga rumah yang didirikan di atas tanah simpanan juga dalam keadaan bahaya akibat daripada ancaman tebing sungai runtuh.


Saya akan membangkitkan perkara ini sekali lagi di Mesyuarat Tindakan Daerah yang kebetulan diadakan besok. Sebelum ini, Saya telah membawa mengenai hal tebing sungai rebak di Redang Panjang dan beberapa tempat lagi seperti di Kampung Teras dan Kampung Bendang Luas, Ijok.


1 comments:

Anonymous said...

YMDS
Saya telah berkawan rapat dengan YB Lihan Juk ADUN di kawasan pedalaman Miri selama 3 tahun.

Saya lihat rumah tepi sungai di kawasan ADUN tersebut dibina dengan tiang teras. Lagi kena air lagi kuat.

Kalau hendak tanam ceracak di tebing sebagai benteng bolehlah untuk sementara tapi jika kawasan hutan semankin gondol untuk pertanian arus air akan bertambah kuat.

Cuba YMDS lihat dari hulu Sg. Ijok Jalan Taiping hingga menuju ke Sg. Ijok, Tebing Tinggi, Jalan ke Bagan Serai. Belakang rumah si AH PAN pun sudah di makan air lebih 100 kaki. Nasib baik rumahnya tidak kena kalau tidak UMNO kena tanam ceracak di situ pula.

Kalau tidak silap saya tujuh tanjung yang ada semasa saya kecil dahulu sudah berubah/hilang di sepanjang Sg. Ijok arah ke Jln Bagan Serai. Cuba fikirkan jika kita tambak tebing ini dengan tanah/ceracak dan hutan di ulu semankin dicerahkan. Air memukul tebing semankin deras/kuat semasa musim tengkujuh.

Selalunya untuk jangka pendek kami tanam kelapa atau pokok kelapa sawit kerana akarnya yang tersebar luas dapat mencengkam tebing tanah daripada hakisan. Itulah yang saya boleh cadangkan.

Kalau tidak pindahkan mereka ke kampung tersusun Kubu Gajah supaya Kubu Gajah akan bertukar fungsi dan hajat MB kita tercapai untuk menjadikan KG sebagai bandar.

Atau pun kalau hendak membesarkan rumah buatlah seperti di tempat YB Lihan JUK di Sarawak.

Sekian untuk makluman YMDS setakat hari ini.