Template by:
Free Blog Templates

20 April 2010

Menteri Besar hendak maju pekan-pekan kecil



Pekan Ijok dalam Dun Kubu Gajah adalah diantara pekan kecil yang telah dikenal pasti oleh Kerajaan Negeri untuk dimajukan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, pekan-pekan kecil wajarlah juga diberikan keutamaan dalam usaha Kerajaan Negeri Mengseimbangkan kemajuan Rakyat di Bandar dan luar Bandar.

Dr. Zambry berkata demekian ucapan menjunjung kasih dan tahniah di istiadat penganugerahan darjah kebesaran sempena ulangtahun Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang ke 82 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Mendahului penerima darjah Kebesaran ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dianugerahkan SPSA yang membawa gelaran Datuk Seri Diraja.

Ia diikuti Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Bin Tun Azmi yang menerima SPCM membawa gelaran Datuk Seri.

Diantara penerima Darjah Bintang SPMP juga membawa gelaran Datuk Seri ialah Hakim Besar Melaya, Tan Sri Arifin Zakaria yang juga bekas penasihat undang-undang Perak. Seorang lagi penerima ialah Setiausaha Kerajaan , Datuk Dr. Abdul Rahman Bin Hashin.

0 comments: