Template by:
Free Blog Templates

21 April 2010

Kempen di Ulu Selangor






Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir petang ini turun ke padang membantu kempen Barisan Nasional (BN) di pilihanraya kecil (PRK) Parlimen Ulu Selangor.

Berikut adalah jadual YAB Menteri Besar Perak PRK P.094 21-2-2010(rabu)

6.00 petang- Kampung Orang Asli Changkat Bintang.

7.00 malam- Solat Magrib di surau ladang 15. Seterusnya berjumpa dengan penduduk ladang.

8.40 malam- Solat Isyak di surau kilang 15.

9.30 malam- Kampung Alah Batu, makan malam dan ceramah.


Saya dan ketua-ketua UMNO bahagian dan Adun BN yang lain turut sama dalam kempen tersebut.

UMNO Perak menurunkan jentera yang agak besar dan berkampung di sekitar Ulu selangor sebaik pengumuman kekosongan kerusi Parlimen tersebut.

Secara kebetulan Perlimen Ulu Selangor bersempadan dengan Perak dekat Tanjung Malim.

5 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Tolong kempen dengan penyokong YB Palanivel, orang yang anti-Chai Soi Lek dan penorka FELDA kerana calon bebas (Melayu) menyatakan orang FELDA mahu beliau bertanding dan seterusnya penyokong Ketua UMNO bahagian dan seterusnya jika ada masa cuba pengaruhi orang muda Hulu Selangur.

Terima kasih YMDS

Anonymous said...

YMDS,

Saya mohon YM jangan lupa berkempen di Sg Malau Dalam, S. M. Luar, Pondok Tanjung, Tebing Tinggi dll setelah balik dari U. Selangor.

Nampaknya YM asyik arah ke IJOK sahaja.

Tak usah takut mereka tidak pernah mengata YM.

Yang banyak mereka kata tentang ADUN dahulu, dan mereka yang dalam pejabat daerah kerana pemberian tanah kerajaan.

Terima kasih YMDS.

Anonymous said...

YMDS,

Ada lebih kurang 73 cawangan. Kenapa rombongan Perak tidak berpecah 73. Misalnya 4 cawangan setiap ahli rombongan Perak yang datang. Kalau sekonkol balik cerita kedai kopi. ramai dari negeri lain yang datang kalau tiap-tiap pelaawat berkempen bagi setiap cawangan tentu BN akan menang. Tapi kalau makan angin saya tak boleh komen la.

Terima kasih YMDS.

Anonymous said...

salam, ymds
kempen kat ulu selangor tu ye jugak
tapi dato',tapi yang paling penting ialah dato' misti mula kempen kpd kawasan dato' mula dari sekarang utk menghadapi pru13, saya perhatikan umno kempen hanya pada waktu piliharaya saja lain2 hari tak da apa sedangkan pas ceramah tiap2 hari, umno pun sepatutnya buat macam tu-sekian

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih atas pandangan. insyallah.