Template by:
Free Blog Templates

3 April 2010

Pembinaan projek jalan akibatkan tanah berselut

1

Tanah merah yang berselut menimbulkan masalah ekoran pembinaan jalan baru Teras ke Ulu Mengkuang dan ke Kampung Mesjid.

Saya sendiri telah melawat ke tempat tersebut bersama Ketua Kampng Teras, Abdul Wahab dan berharap pihak yang terbabit dengan pembinaan jalan tersebut segera bertindak mengatasinya.

Kelewatan pembinaan jalan tersebut, barangkali diantara punca berlaku kejadian tanah merah berlumpur yang membanjiri Kampung tersebut, akhir-akhir ini dan menimbulkan masalah kepada penduduk-pendudukk berkenaan.

Saya berharap pihak JKR segera mementau keadaan tersebut. Saya akan membangkitkan masalah ini dalam Mesyuarat Tindak Daerah yang akan datang yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah, Datuk Mahmud Murshidi.

Sebelum ini, timbul isu mengenai ancaman banjir di Ijok dan ganti rugi keatas sebuah rumah yang terbabit dengan projek tersebut dan terletak di lereng bukit dan membahayakan. Felcra bagaimanapun telah mengambil tindak membina sebuah rumah di bawah program PPRT.

0 comments: