Template by:
Free Blog Templates

2 April 2010

Penempatan rakyat miskin



UMNO Bahagian Larut memberikan perhatian kepada masalah penempatan rakyat miskin yang masih belum mempunyai tapak tempat kediaman.itiereka.

Dalam Mesyuarat UMNO Bahagian, masalah itu diharap dapat diselesaikan segera oleh Pentadbir Tanah Daerah. Juga ada kes di mana pemilik rumah di atas tanah Kerajaan hingga ke hari ini masih belum mendapat Hak milik.

Masalah Kebajikan keluarga miskin juga menjadi perhatian UMNO Bahagian dan semua Ketua Cawangan telah diminta menyediakan laporan lengkap mengenai latar belakang Ibu Tunggal terutaanya yang menghadapi masalah menanggung keluarga mereka.

Ini bagi menyelaras senarai E-Kasih yang disediakan oleh Pejabat Daerah. Kualiti pembinaan rumah-rumah PPRT juga dibincangkan terutama cara permohonan yang diuluskan tanpa dirujuk kepada Ketua-Ketua Kampung.

Justeru perlaksanaan program bantuan rumah PPRT dikaji semula bagi mempstikan hanya mereka yang layak diberikan keutamaan.

Masalah pelajar tercicir dan pengambilan pekerja asing juga dibincangkan dalam mesyuarat yang diadakan di Bilik Gerakan Rumah UMNO Bahagian.

0 comments: