Template by:
Free Blog Templates

29 April 2010

Pelajar Perempuan Terpaksa Tangguh Persekolahan




Semalam, Saya melawat seorang Pelajar, Shahirah Balkis binti Mustafa, 16 tahun yang terpaksa menangguhkan buat sementara persekolahannya kerana sakit buah pinggang.


Ketika sampai di rumahnya di Kampung Tersusun Redang Panjang, pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Redang Panjang itu baru sahaja pulang daripada Hospital,menjalani rawatan dengan ditemani ibunya.


Berita mengenai sakit Shahirah telah dimaklumkan kepada Saya oleh Yang diPertua PIBG Sekolah berkenaan, Norazman Haji Mokhtar yang juga Ketua Kamung Kampung Mesjid, Ijok.


PIBG telah melancarkan tabung bantuan kepada Shahirah. Saya juga sedang berusaha untuk meringankan kos perubatan beliau yang juga anak kepada bekas seorang Tentera.


Permohonan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah dibuat dan hanya menunggu jawapan.


Saya juga melawat warga emas, dua beradik, Che Jah bt Lahoma, 83 tahun dan Rahmah, 67 tahun yang tinggal serumah di Kampung Mesjid, Ijok. Kedua-duanya amat gembira menerima kehadiran Saya.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Dalam bahasa Inggeris ada perkataan 'head hunting' 'pro-active'dan'walking around"
iaitu istilah yang selalu digunakan dalam perniagaan.

Kalau kita tunggu rakyat memberitahu kita tentang masalah mereka selalunya orang yang kita kenali sahaja yang berani datang memberi maklumat tentang masalah mereka.

Tapi kalau kita buat 'head-hunting' dan 'walking around' orang yang tidak kita kenali juga akan kita jumpa dan seterusnya bolehlah kita bertanyakan tentang masalah mereka.

Sebab itu banyak kemudahan dilaksanakan kepada mereka yang ada kaitan dengan JKKK atau sbarang JKK.

Sebagai contoh lain polis Selama gagal menangkap pencuri kelapa sawit, curi potong getah dan pencuri 'wire cable'. Cuba YMDS lihat tanah sebelah jalan di depan rumah YMDS ada banyak peninggalan 'wire' yang telah diambil logamnya seterusnya wire ini dijumpai hingga sampai ke SG. MALAU luar.

Susah nak report kerana laporannya dibuat memakan masa hampir setengah hari. Disaming itu belum tentu kita dapat menangkapnya.

Jadi tiga konsep di atas perlu dikaitankan dengan maksud turun padang. Kalau turun padang dibawa oleh ketua kampung selalunya KKg tersebut akan membawa kepada kawanya tapi beliau takkan mahu berjumpa saya kerana bukan kawan karibnya.

Walau bagaimana pun saya selalu jumpa beliau di KEDAI KOPI SI SUPAI buka 24 jam di KGajah.

Kadang-kadang ada 'informer' yang duduk di kedai SUPAI sepanjang hari. Ada juga yang mengutuk. Tapi jika ditanya satu persatu mereka gagal membuktikan apa yang mereka kutuk.

Sekian untuk perhatian YMDS.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

saudara boleh hubunggi saya berbincang lagi baik. terima kasih.