Template by:
Free Blog Templates

21 April 2010

Tidak malu menjual songkok




Kebiasaanya setiap kali menjelang Hari Raya, Masyarakat Islam berebut-rebut mebeli Songkok, di pusat-pusat membeli belah dan pasarraya atau tukang jahit,tetapi sekarang ia boleh diperolehi di mana-mana.


Petang tadi Saya singgah ke sebuah rumah di Kampung Haji Mat Asek dalam DUN Kubu Gajah kerana hendak tenguk sendiri usaha Azhari bin Halim, 37 tahun membuat songkok.


Walaupun,baru tiga bulan, tetapi usaha beliau harus mendapat pujian. Banyak juga songkok yang telah berjaya beliau siapkan hasil bantuan sebuah mesin dan bahan yang beliau terima.


Namun, beliau masih memerlukan modal untuk membeli bahan-bahan membuat songkok. Saya akan usaha untuk membantu beliau yang berasal dari Kedah, tetapi kini menetap di Kampung Haji Mat Asek bersama isteri beliau yang berasal dari Kampung Haji Mat Asek.


Setiausaha JKKK, Abdul Karim Bahari turut memberikan galankan kepada Azhari dan berharap suatu hari nanti beliau dapat membuka perusahaannya sendiri dibawah IKS yang berjaya di Kampung tersebut.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS Raja Ahmad,

Bila saya membaca tetang penjahit songkok, saya teringat juga kepada penjahit pakaian wanita di atas bangunan MDS, kiosk jahitan pakaian, berhampiran kubur Tebing Tinggi,kedai membaiki motosikal Kubu Gajah, membuat kuih di Bagan Baru dsbnya.

Selepas itu saya juga melihat rumah usang tempat tinggal belia dalam latihan sebelah kanan jalan ke Taiping di Kubu Gajah.

Boleh tidak bangunan ini ditukar menjadi tempat latihan IKS desa di mana pengajar sambilan diambil daripada mereka yang bekerja segagai tukang jahit pakaian, pengunting rambut, tukang jahit songkok tempatan, dll.

Dahulu kedai membaiki radio pun ada di KG. Kedai ni tutup sebab mahal sangat.

Kalau kita hendak jadikan pusat giat MARA mungkin tidak lulus kerana ia ada di Selama.

Kita perlu kreatif dengan menamakan pusat latihan dengan nama lain.

Pengajar sambilan juga boleh dipanggil dari syarikat seperti MEB, Engineering Ltd., dll jika kursus yang berkaitan dengan kerja yang diperlu dilakukan di syarikat2 kepentingan kerajaan negeri.

Saya rasa pengarah syrikat dari wakil UMNO bukan sekadar proxy atau menjadi ALI kepada BABA sahaja tapi hendaklah cuba memasukkan warga tempatan bekerja di syarikat tersebut atau GLC.

Selalunya kita takut hendak mengambil orang kita kerana kita ingat kita hanya menjadi proxy dan orang kita pula tak pandai macam orang Cina.

Saya telah bekerja dengan ramai orang Cina. Tapi kebolehan mereka sama sahaja, ada yang berlagak, tapi tidak dapat menghasilkan sesuatu dengan banyaknya, tanpa ralat (zero defect).

Pengalaman YMDS menjadi Ketua Pengarah/Pengurusi Tabung Haji dulu mungkin ada kaitan dengan apa yang saya maksudkan. Tapi eksekutif mereka ramai yang mengambil saudara mara mereka dan kelulusan tak seberapa. Tapi orang kita sudah ramai graduate yang specialist.

Semasa YB Tuan Haji Zakaria saudara kita dari SG JAMBU yang menjadi wakil rakyat U/Langat yang pertama dan juga pengarah THaji pertama pun tidak berani memasukkan orang kampungnya yang berkelayakan ke tabung Haji sebab beliau terasa beliau hanya macam jadi proxy kerajaan sahaja. Padahal ramai kawan kita pandai berbahasa Arab waktu itu tapi yang bekerja di T/Haji pada masa tidak ramai yang boleh berbahasa ARAB. Kedua-dua USTAZ saya lulus Al-Azhar. Tapi kalau kita recommend ke Tabung Haji mungkin mereka tidak ambil semasa zaman 60an. Masa itu mungkin orang gila Bahasa Inggeris.

Sekian. Terima kasih YMDS