Template by:
Free Blog Templates

9 April 2010

Dr Zambery Mahu Bangunkan Kubu Gajah






Saya amat yakin dengan lawatan dua hari Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir, DUN Kubu Gajah akan berubah wajah.



Ini adalah kerana, Dr Zambery sendiri memberikan perhatian khusus untuk mengubah status bangunan rumah-rumah kedai yang lama yang diperbuat daripada bahan kayu atau papan kepada bentuk ciri-ciri banguna konkrit.



Bahkan selepas solat subuh sebaik selesai berqiamulai di Mesjid Toh Paduka di Kampung Mesjid, Menteri Besar meninjau sendiri untuk melihat dari dekat bangunan rumah-rumah kedai lama yang kesemuanya berdindingkan papan.



Beliau juga meminta agar Saya segera mencari pemilik bangunan tersebut untuk berbincang bagaimana rumah-rumah kedai tersebut diganti dengan banguna konkrit sepertimana pekan-pekan lain.



Dr Zambery amat simpati dengan keadaan tersebut dan berharap hasrat untuk mengubah wajah pekan Ijok khususnya menaikan taraf DUN Kubu Gajah akan tercapai sekiranya mendapat keizinan tuan-tuanpunya bangunan tersebut.



Pada sebelah malam, selepas menghadiri forum Perdana di perkarangan Mesjid tersebut, Menteri Besar secara sepontan memberitahu Saya bahawa sudah tiba masanya bangunan-bangunan tersebut diganti dan beliau bersedia meminta Agensi-Agensi Kerajaan yang berkaitan untuk berbincang dengan lebih mendalam.



Idea agar diberikan tumpuan untuk menaikan taraf pekan-pekan kecil dipersetujui oleh Dr Zambery ketika majlis dailog dan taklimat khas mengenai Program Perak Aman Jaya kepada ADUN-ADUN hujun tahun lalu.



Dr Zambery berkata, menaikan taraf pekan-pekan kecil di luarbandar seharusnya menjadi agenda utama dan diberikan penekanan dalam mana-mana meja perbincangan, khususnya Mesyuarat Tindakan Daerah.



Dalam perjalanan kami menuju ke Selama untuk menghadiri majlis makan tengahari selepas menyampaikan surat hakmilik kepada para peserta Felcra Tebing Tinggi, Dr Zambery secara serious berkata beliau amat bersimpati kerana tidak banyak projek di DUN Kubu Gajah berbanding dengan Selama yang merupakan Daerah Kecil.



Selain Pekan Kubu Gajah, yang menjadi tumpuan untuk dimajukan ialan Bagan Bahru dan Ijok. Kecuali Kubu Gajah, kedua-dua tempat tersebut mempunyai Penghulu. Begitupun, hingga sekarang kekosongan jawatan Penghulu Bagan Bahru masih belum diisi.



Rumah Penghulu di Pekan Ijok juga sudah lama tidak dibaiki. Penghulu sekarang berulang alik dari Batu Kurau ke Ijok berbanding dahulu, Penghulu tinggal di rumah yang disediakan.



Saya sendiri telah meminta dalam Mesyuarat Tindakan Daerah supaya diadakan Pelan Induk untuk DUN Kubu Gajah termasuk mewujudkan sebuah pusat Pentadbiran di Pekan Kubu Gajah. Pada masa ini cuma yang ada hanyalah sebuah Kelinik Kesihatan. Pondok Polis yang sedia ada sudah tidak lagi selamat dari keselamatan kerana di tepi Jalanraya.



Dr Zambery dalam lawatan beliau ke DUN Kubu Gajah telah berihat di Homestay di Bagan Bahru dan juga bermalam di Mesjid Toh Paduk kerana berqiamulai bersama jemaah yang lain.



Selepas bersarapan pagi, kami meninjau Latar Air Terjung di Titi Dua, Sungai Jernih yang merupakan ketiga tertinggi di Asia Tenggara.



Dalam tinjauan tersebut, ternyata DUN Kubu Gajah mempunyai pontensi untuk perlaksanaan beberapa projek besar, termasuk dengan pembukaan Pusat Pembiakan Kambing Bore Negara di Ladang Pondok Tanjung dekat Sungai Segar.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Apa kata semua cadangan Menteri Besar di tulis di papan kenyataan di KGajah supaya rakyat dapat memantau cadangan (termasuk universiti) beliau tahun demi tahun.

Kalau hendak meramaikan Kubu Gajah (KG) galakkan mereka yang mendapat tapak rumah bagi kg. tersusun membina rumah dengan segera. Di Brunei semua yang tidak membuat rumah di tanah kurnia, tanah tersebut diberikan kepada orang lain untuk menggalakkan supaya rakyat tidak tamak dan pembangunan menjadi rancak.


Rancangan terdahulu jalan dari kilang kelapa sawit tembus ke 'kilang' buat gelung/pagar semen menuju berhampiran Kg Raja.

Kalau jalan ini diteruskan kawasan segi tiga antara jalan baru dengan yg. lama dapat dimajukan dengan bantuan UDA dll. dan akhirnya ia menjadi Bandar Baru Kubu Gajah seperti Bandar Briah. Masalah tanah hak Melayu tidak menjadi masalah asalkan mereka yang empunya tanah mendapat keuntungan.

Dengan yang demikian orang Tebing Tinggi/Kubu Gajah akan balik kampung. Buat masa sekarang, penduduk Kg. Raja, Lembah Keluang dan Kg Tengah habis lari
meninggalkan kg. mereka kerana tidak ada pembangunan. Sebagai contoh jalan hanya dibina untuk pembangunan sosial (rumah) tapi bukan ekonomi (membawa hasil). Kesudahaannya semua tanah dijual kepada orang kaya seperti Hj. Rejam (belakang rumah yang mulia), Osman Kopi (depan rmah yang mulia dll.) YB Hj. Daud di belakang rumah Yang Mulia. Di Sg Dendang dan Sg Lompong keadaan begitu juga. Tanah orang miskin di jual kepada yang kaya kerana orang miskin tidak dapat membina jalan pengangkutan. Begitu juga lembu menjadikan hanya 3 pemilik lembu di FELDA kerana yang miskin habis menjual lembu mereka ke 3 pembela lembu tersebut.

Sekian. Terima kasih agar mendapat perhatian YMDS sebelum pilihan raya yang akan datang.