Saya berharap masalah internet ini di kawasan luar bandar dilihat dengan serious oleh pihak berkenan bagi menggelakan perkembangan dunia siber ini terjejas.
Begitupun, Saya kagum dengan program celek komputer anjuran JKKK Jelai bersama K-Perak, walaupun ketiadaan internet, tetapi sama sekali tidak mematah semangat peserta-peserta program tersebut.
Menariknya lagi, serang pelajar tahun empat sekolah rendah kebangsaan Jelai, walaupun ketiadaan komputer di rumah, tetapi pintar dalam mengikuti program tersebut dan ibunya berusaha membekalkan anaknya dengan sebuah komputer di rumah.
Saya juga telah berbincang dengan pihak K-Perak untuk mengadakan beberapa siri latihan komputer untum Pemimpin dan Ahli JKKK terutamanya di Bahagian Larut. Usaha juga dibuat untuk membekalkan mereka dengan komputer.
Ketika berucap meresmikan program celek komputer di Jelai, Saya menyeru program seperti itu diperluaskan lagi terutama di kalangan kanak-kanak luarbandar yang tidak semuanya mampu memiliki komputer.
Perkembangan internet kini semakin mendekati lagi manusia dengan peredaran zaman. Justeru amat rugi jika rakyat di Negara ini tidak mengambil kesempatan dengan kemudahan tersebut.
0 comments:
Post a Comment