Template by:
Free Blog Templates

4 April 2010

Ibu mertua yang perihatin


Kebiasaannya Ibu sendiri yang mengambil berat masalah anak sendiri, tetapi berlainan dengan kes seorang ibu mertua yang menemui saya.


Beliau bukan sahaja risau mengenai masalah kerja menantunya, tetapi sanggup pula datang pada waktu malam semata-mata untuk mendapatkan bantuan dan sokongan.


Saya cukup kagum dan terharu dengan sikap ibu tersebut yang begitu mengambil berat masalah menantunya. Barangkali, beliau bertindak demikian kerana tidak mahu rumahtangga menantu dan anaknya itu bermasalah.


Alangkah baiknya jika semua ibu tidak hanya mementingkan anak sendiri, tetapi juga mengambil tahu masalah menantu.


Sebagai Wakil Rakyat adalah menjadi tanggungjawab kami untuk membantu dan memberi sokongan sebanyak yang boleh keatas apa-apa jua masalah yang diserahkan, tidak kira sekalipun di luar kemampuan kami.


Masalah mendapatkan pekerjaan dan pertukaran bukanlah perkara baru, malah ia adalah diantara kes biasa yang sering diserahkan oleh orang ramai kepada wakil rakyat.

0 comments: