Template by:
Free Blog Templates

25 April 2010

Kemas Agensi Penting






Kemas disarankan terus bertindak sebagai agensi penting Kerajaan dalam memimpin masyarakat di luarbandar untuk menyahut program pembangunan.

Justeru, diharapkan Pegawai dan Kakitangan Kemas sentiasa turun ke padang mendekati rakyat melalui program bersama rakyat.

Saya amat menghargai peranan yang dimainkan oleh Kemas sebagai agensi terpenting Kerajaan dalam melaksanakan dasar-dasar Kerajaan.

Tengahari tadi, Saya meresmikan majlis penutup dan penyampaian hadiah program Kemas bersama rakyat peringkat DUN Batu Kurau di Taman Kota Wira.

Program yang sama juga akan dianjurkan oleh Kemas peringkat DUN Kubu Gajah dan Selama tidak lama lagi.

Lebih 500 orang peserta menyertai program tersebut yang melibatkan pelbagai acara termasuk sukanika yang diketuai oleh Ketua UMNO Cawangan Kota Wira, Abd. Sidek bin Mat.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Ini hanya sekadar pandangan saya.

Ramai ibubapa kelas menengah menghantarkan anak mereka ke TADIKA penghantar Inggeris.

Dan mereka rasa megah jika anak mereka pandai berbahasa Inggeris dan pandai mengira.

Kesudahannya anak tersebut akan jemu belajar kerana kretiviti mereka tidak dikembangkan dan 'educational game' tidak diutamakan dalam kelas tadika walaupun kita tahu secara semula jadi kanak-kanak suka bermain dan kreativiti mereka pula sangat asli jika dibiarkan berkembang.

Saya harap TADIKA kemas tidak menjadi seperti demikian (seperti TADIKA yang penghantarnya B. Inggeris) walaupun saya lihat ada unsur2 demikian berlaku di tadika kemas.

Penilaian pelajar tadika harus mengikut perkembangan umur (Coformatory Evaluation) dan elakkan banyak penilaian bertulis kecuali mewarna.

Sekian untuk perhatian YMDS dan sesiapa sahaja membaca cadangan saya ini.

Terima kasih.