Template by:
Free Blog Templates

5 April 2010

Politik Negeri Tercemar Gara-Gara Pembangkang

Imej politik Negeri dan Tanahair akan terus tercemar jika Pembangkang terus-terusan menimbulkan masalah,menggangu dan mencetuskan huru-hara dalam setiap kali sidang Dewan Negeri.

Justeru, sudah tiba masanya Speaker DUN, Datuk R. Ganeson mengambil tidakan tegas terhadap ahli-ahli yang telah melanggar peraturan dan perjalanan sidang Dewan baru-baru ini.

Selalu Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan, Ganeson boleh dan berhak menghadapkan mana-mana ahli yang tidak berdisplin.

Padang sidang yang berlangsung pada 30 dan 31 April yang lalu, ternyata ramai anggota Pembangang yang bukan sahaja mencentuskan gangguan dan kekacuan, tetapi langsung tidak menghormati Speaker.

Selagi tiada tindakan diambil keatas mana-mana ahli Dewan yang tidak berdisplin, selagi itulah mereka tidak akan menghormati hak dan keistimewaan Dewan.

Saya juga berpendapat sudah tiba masanya Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap yang dipengerusikan oleh Speaker melihat balik peraturan-peraturan mesyuarat yang boleh diperkemaskan lagi.

Sidang Dewan Perak yang berlangsung baru-baru turut menarik perhatian umum berikutan kekacuan yang ditimbulkan oleh Pembangkang.

2 comments:

Tai said...

ya betul tu. Setuju sangat.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih atas sokongan dan pandangan.