Template by:
Free Blog Templates

20 April 2010

OKU dan Ibunya selamat, Rumah dihempap pokok






Bersyukur seorang OKU, Sabri Ismail, 47 tahun bersama Ibunya selamat walapun rumah mereka dihempap sebatang pokok besar pada kejadian ribut kencang petang ahad lalu.


Petang tadi, Saya ambil kesempatan melawat beliau di Kampung Redang Panjang dalam DUN Kubu Gajah. Begitupun, tindakan mengubunggi agensi-agensi berkenaan, telahpun diambil oleh pembantu-pembantu saya sejak awal lagi.


Ismail yang bekerja sebagai tukang gunting rambut di pekan Redang Panajang juga bersyukur kerana ibunya juga selamat kerana pada kejadian itu berlaku ibunya berada di bawah, sedangkan pokok hutan itu tumbang di bahagian atas, tempat yang kebiasaan ibunya tinggal.


Ketua Kampung Redang Panjang, Zainuddin Haji Abdul Hamid turut hadir dalam lawatan tersebut.


Sehubungan dengan kejadian itu, penduduk, terutama yang tinggal berhampiran dengan pokok-pokok besar yang membahayakan dinasihatkan agar mengambil tindakan segera melapor kepada Ketua-ketua Kampung supaya tindakan segera dapat diambil ambi demi keselamatan mereka.


Pada masa yang sama JKKK juga harus sentiasa memantau keadaan keselamatan anak buah mereka terutama yang tinggal di kawasan yang boleh mendatangkan bahaya.

0 comments: