Template by:
Free Blog Templates

24 April 2010

Puteri nikah




Sekalipun membantu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor, saya sempat menghadiri kenduri khawin anak perempuan Naib Ketua Wanita UMNO bahagian Larut di Kubu Gajah pagi tadi.

Perkhawinan Rosalinda Binti Mohd Hamdan anak Mariatulkifiah Binti Haji Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Su Maria turut diserikan lagi dengan persembahan Marhaban wanita kampung Garok.

Rosalinda yang juga ahli Puteri dan Pegawai tekun memilih jodohnya seorang pemuda yang bertugas di Shah Alam.

Turut hadir di majlis kenduri Mak Su Maria ialah Ketua wanita bahagian Larut, Hajjah Sawipah Yahya dan ahli-ahli jawatankuasanya.

Semoga perkhawinan Rosalinda berkekalan hingga ke akhir hayat.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS

Saya lihat trend (aliran) sekarang ada ternampak seolah-olah macam kalau orang UMNO buat kenduri kahwin tetamu yang ramai ialah orang UMNO. Begitu juga PAS.

Boleh tidak Biro Sosial dan Kemasyarakatan UMNO Bahagian menulis atikel untuk dibaca semua supaya trend ini tidak berlaku untuk MENCAPAI MALAYSIA SATU.

Sekian. Terima kasih YMDS.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih satu pandangan yang baik.