Template by:
Free Blog Templates

16 April 2010

PAC Perak membuat teguran




Kuarters Kerajaan yang tidak lagi digunakan oleh mana-mana Agensinya disarankan agar membenarkan mana-mana Jabatan yang lain menggunakannya bagi menggelakan pembaziran dan kos penyelangaraan.


Kerajaan juga disarankan agar melihat kembali pembinaan rumah-rumah kediaman kerana tidak mahu ada bangunan yang telah didirikan, tetapi akhirnya tinggal kosong oleh kerana ada kakitangan yang lebih selesa tinggal di rumah sewa atau yang telah dibeli.


Demikian diantara rumusan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan (PAC) Negeri di Ipoh. Dalam mesyuarat tersebut beberapa orang Ketua Jabatan telah dipanggi untuk memberi penjelasan keatas aduan Jabatan Audit.


Jawatankuasa tersebut juga membuat cadangan agar Agensi Kerajaan lebih berhati-hati dalam pembelian peralatan kerana ada yang tidak digunakan langsung dan ini juga satu pembaziran wang rakyat.


Pihak Berkuaasa Tempatan (PBT) juga disarankan supaya mempastikan tanah-tanah mereka tidak dicerebuh oleh mana-mana pihak dan individu.


Ini kerana masalah lebih rumit akan timbul jika tindakan hendak diambil keatas tanah-tanah yang telah dibina dengan bangunan yang kekal.


Jawatankuasa tersebut meletakan sasaran menjelang tahun 1013 kesemua Agensi Kerajaan di Perak mencapai Bintang 4. Sehubungan dengan itu, diharapkan kesemua Ketua Jabatan berkenaan meningkatkan prestasi dan kualiti berkerja.


Selepas menghadiri Mesyuarat PAC, Saya turut mendengar taklimat pembangunan di Pejabat Pembangunan Negeri.


Turut hadir ialah Pegawai Pembangunan Negeri, Datuk Zainal Omar dan ADUN-ADUN serta Pegawai Kerajaan.

0 comments: