Template by:
Free Blog Templates

15 April 2010

JKM tarik balik bantuan warga emas




Seorang Warga Emas, berusia 80 tahun di DUN Kubu Gajah mengadu kepada Saya bantuan bulanan yang beliau terima sebanyak RM70 sebelum ini telah ditarik balik oleh Jabatan Kebajikan.


Zainab binti Kadir yang tinggal sendirian di Kampung Sungai Jernih, Ijok dalam nada sedih memberitahu Saya ketika melawat beliau petang tadi.


Beliau kini terpaksa meraih simpati daripada orang lain. Zainab tinggal di sebuah uzur.


Saya berharap Jabatan berkenaan dapat memberikan penjelasan kenapa bantuan tersebut ditarik balik, sedangkan Zainah tinggal dalam keadaan yang cukup menyedihkan.


Sebelum itu, Saya melawat seorang Ibu Tunggal yang juga Warga Emas, Teah binti Alang Ahmad, 87 tahun di Kampung Sungai Siam, juga di Ijok.


Beliau cukup gembira menerima kunjungan Saya dan mengucapkan terima kasih diatas keperhatinan mengambil berat mengenai keadaannya itu.


Teah mengharapkan bantuan sebuah rumah daripada Kerajaan, tidak kira sama di bawah program PPRT atau Baitulmal.

0 comments: