Template by:
Free Blog Templates

3 April 2009

Tahniah Najib PM Baru M'sia


Tahniah Diucapkan kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, hari ini dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke enam.

Terima Kasih juga diucapkan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di atas segala khidmat beliau sebelum ini, sebagai Perdana Menteri, selepas Tun Dr Mahathir Mohamed.

Rakyat Malaysia mengalu-alukan perlantikan Datuk Seri Najib dan berdoa agar Negara terus Maju, Aman dan Sejahtera. Kita juga berdoa agar beliau mampu mengembalikan semula kestabilan politik dan ekonomi Negara.

Datuk Seri Najib adalah Seorang Pemimpin yang tidak asing kepada Masyarakat serantau kerana pernah menerajui beberapa Kementerian dan ramai yang percaya diatas kemampuan beliau untuk membawa perubahan.

Begitupun, beliau seorang tidak akan menjamin apa yang diharapkan itu akan mencapai kejayaan tanpa kerjasama semua pihak termasuk Pembangkang. Kita tidak menolak kehadiran Pembangkang, tetapi biarlah Pembangkang yang mampu memberi pandangan dan kritikan yang membina.

Dengan gandingan Tan sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden dan bakal Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang baru, Kita percaya ia dapat membantu Datuk Seri Najib untuk membawa Malaysia ke peta Dunia yang lebih hebat dan dihormati.

Datuk Seri Najib merupakan anak kedua dari Pekan, Pahang dilantik menjadi Perdana Menteri, selepas Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein manakala Tan Sri Muhyiddin adalah Timbalan Presiden dari Johor selepas era Tun Musa Hitam.

Selepas Datuk Seri Najib kini sah menjadi Perdana Menteri, ramai yang ternanti-nanti siapa kah pula bakal dilantik barisan Kabinet baru Beliau. Kita tunggu barangkali pada 8 April ini?

0 comments: