13 April 2009
Sabri Janji Menangani Harga Barang Naik
Jaminan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang baru, Datuk Ahmad Sabri Yaccob untuk berusaha bersungguh-sungguh menangani masalah kenaikan harga barang keperluan harian sangat-sangatlah dialukan.
Masalah kenaikan harga barang cukup membebankan rakyat dan rakyat sentiasa mempersoalkan kenapa harga barang keperluan tidak turun, sedangkan harga petrol dan diesel sudah pun turun?
Walaupun, tugas berat menanti Ahmad Sabri dalam menangani masalah tersebut, tetapi beliau yang Saya kenali adalah seorang yang gemar berdepan dengan cabaran.
"manusia yang mampu berdepan dengan masalah, dia akan berjaya untuk berdikari" fikir-fikirkan lah.
"hanya mereka yang ikhlas mampu memberi, kritikan yang membina." fikir-fikirkanlah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Kesian kat Tun Abdullah..tak sampai 12 hari meninggalkan anjung kuasa, gambar beliau dalam blog dato sudah pon dibuang.
Saya pasti dato akan meletakan gambar DS najib pulak kat depan blog dato.
Adakah itu bukan untuk membodek dato...
akm..dato..
Saya tertarik dengan tajuk "sabri janji menangani harga barang naik"
1.Saya fikir pekara ini adalah satu punca rakyat membenci UMNO dan barisan nasional disamping pekara-pekara lain.
2.Kenaikan harga barang memang amat men dukacitakan, terutama penduduk luar bandar.
3.Saya ingin membawa dato meninjau tempat kita,mungkin dato boleh keluar sekejap dari KUBU untuk meninjau kawasan.
4.Harga komuditi Getah skrap dan kelapa sawit menjunam seperti mana terjunam nya ekonomi seantero dunia.
5.Terjunam nya harga getah skrap akan mengakibatkan penduduk kg yang mengundi dato pada PRU 12 tempoh hari akan menraih pendapat yang sedikit, itu belum lagi di tambah dengan hujan yg lebat mencurah setiap hari.
6.Penduduk ini merintih,kalau dato tak percaya pergi buat tinjauan di setiap sekolah rendah/menengah dalam DUN dato, berapa ramai yang dah bayar yuran.
7.Bila cikgu tanya yuran,dema kata "Mak kami tak leh motong lagi cikgu"
8.Pendapatan yang berkurangan juga akan lebih membebankan lagi bila membeli barang-barang keperluan.
9.Biasa nya pak menteri, KDNHEP akan mengawal barang yang ada di pasar-pasar raya besar sahaja.
10.Mereka tidak nampak akan penduduk kg yang setia memangkah dacing ini.
11.Penduduk kg yang hendak membeli barang di pasar raya, seperti di taiping terpaksa pulak naik brek sapu sampai pekan batu kurau, lepas tu naik teksi pulak untuk ke tesco/giant di bandar taiping.
12.Itu belum lagi pelajar-pelajar anak kg yang belajar di luar, bila balik kg,kalau rumah kat ulu kelian, nak kelik nek pa.
13.Saya amat berharap pru 13 mereka tak kalih, kalau bulan mengambang dan datok terpaksa balik pondok tanjung jangan pulak menyesal.
Post a Comment