Template by:
Free Blog Templates

21 April 2009

Kenapa Mahal?

Kemudahan WIFI dah ada di mana-mana termasuk restoran-restoran nasi kandar. Agaknya, itulah salah satu cara mereka menarik pelanggan.

Kebanyak restoran mejual makanan segera juga menyediakan kemudahan tersebut.

Tetapi agak terkejut juga bila seorang kenalan mengadu ada sebuah hotel bertaraf bintang di jalan Sultan Ismail di bandaraya Kuala Lumpur mengenakan kadar bayaran RM 49 bagi setengah jam.

Logik kah? Seorang lagi teman pula mengadu, beliau juga mengalami pengalaman yang sama ketika cuba menggunakan kemudahan yang sama di sebuah hotel di sebuah negeri di Pantai Timur.

Apabila ditanya, pihak pengurusan hotel hanya memberitahu mereka tidak tahu apa-apa mengenai kadar bayaran tersebut kerana diurus oleh pihak lain.

Dimana kah sikap mesra IT? Justeru di harap, Kementerian berkenaan membuat pemantauan.

1 comments:

Anonymous said...

AKM.........
Terkejut org tebing tinggi dengar wifi ni...berapa sekilo...agaknya..
Kalu pusing satu Larut mesti tak jumpa wifi ni...
Bila dan dimana nak boleh jumpa wifi di larut pon tak tahu....
Doa-doa kut boleh jumpa kat kubu gajah.......