Template by:
Free Blog Templates

24 April 2009

Tahniah Wakil Perak Ramai Dalam MT


Tahniah diucapkan kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Kadir yang dilantik Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak yang baru yang diumumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, hari ini.

Tahniah juga diucapkan kepada Datuk Seri Husni Hadzlah, Menteri Kewangan 11 yang juga Ahli Parlimen Tambun yang dilantik sebagai Bendahari UMNO Malaysia yang baru dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak.

Datuk Seri Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun adalah orang kedua daripada Negeri Perak yang diberi kepercayaan memegang jawatan Bendahari selepas Datuk Seri Azim Zabedi. Orang Perak yang pernah menyandang jawatan di Ibu Pejabat UMNO sebelum ini ialah Allahyarham Datuk Seri Hussein Nordin, selaku Setiausaha Agung manakala Setiausaha Kerja ialah Datuk Nasaruddin Alang Saidin, kedua-duanya adalah bekas Ahli Parlimen Parit.

Tahniah juga kerana empat wakil daripada Perak yang telah dilantik menanggotai Majlis Tertinggi (MT). Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazeri Aziz yang juga ketua UMNO Bahagian Padang Rengas dilantik semula. Tiga lagi ialah bekas Ketua Wanita UMNO Malaysia, Tan sri Rafidah Aziz yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim dan Ahli Dewan Negeri Perak kawasan Kampung Gajah, Dr Wan Norashikin yang juga Ketua Puteri UMNO Negeri.

Perak kini mempunyai Lapan ahli MT termasuk empat yang menang di perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini dan jika dijumlah kesemuanya termasuk Naib Presiden dan Bendahari, Perak diwakili oleh Sembilan orang termasuk seorang Naib Presiden yang merupakan paling ramai. Tidak keterlaluan jika Saya katakan bahawa ini adalah satu penghormatan kepada Perak yang baru sahaja mengambil alih pentadbiran Negeri Perak daripada Pembangkang.

Sebelum perlantikan ini, Datuk Seri Najib adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak manakala Timbalannnya ialah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO yang turut dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang.

Pengerusi-Pengerusi Badan Perhubungan UMNO lain yang turut diumumkan ialah Datuk Seri Najib sendiri (Selangor), Tan Sri Muhyddin Yassin yang juga Timbalan Presiden UMNO (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Shafie Apdal (kedah), Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein (Trenngganu), Datuk Seri Mohd Isa Sabu (Perlis), Datuk Mustapa Mohamad (kelantan) manakala negeri-negeri lain pengerusinya kekal.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Mazlan, yang juga Ahli Parlimen Pontian pula dilantik Ketua Penerangan UMNO yang baru.

Mereka yang turut dilantik MT ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim yang juga Ahli Parliamen Muar, Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil khir, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik,Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidah Kassim dan Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir,bekas Naib Ketua Pemuda UMNO.

Berdasarkan perlantikan tersebut, Wanita kini diwakili oleh tiga Orang, Pemuda Dua dan Puteri dua orang.

Selain Kementerian Kewangan, Ahli MT yang diwakili lebih daripada dua orang ialah Kementerian, Kementeian Pelajaran (2) dan Kementerian Belia dan Sukan (2) dan Jabatan PM (2).

Diharap mereka yang telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan akan memikul tanggung jawab dengan penuh didikasi dalam memperkasakan kembali UMNO sebagai Teras kepada perjuangan Bangsa, Agama dan Negara.

Lebih penting lagi dalam persediaan menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

0 comments: