Template by:
Free Blog Templates

21 April 2009

Simpati atas nasib Haji Salleh


Saya melawat rumah naib kadi Kubu Gajah, Haji Mohamed Salleh bin Haji Abdullah yang rumahnya dihempap pokok rambutan akibat ribut kencang malam tadi.


Namun, dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam, beliau yang berusia sekitar 85 tahun terselamat kerana berada di tempat lain.

Saya telahpun menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan bantuan. Saya juga telah meminta pegawai khas saya untuk membantu membuat laporan polis berhubung dengan bencana tersebut.

Menurut Haji Salleh, usia pokok rambutan itu adalah sama dengan umur beliau iaitu 85 tahun.

1 comments:

armouris said...

"Saya telahpun menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan bantuan. Saya juga telah meminta pegawai khas saya untuk membantu membuat laporan polis berhubung dengan bencana tersebut."

saya tak faham la. kenapa perlu buat laporan polis pasal ribut kencang. siapa yang buat salah?

Info Kesihatan Anda