Template by:
Free Blog Templates

23 April 2009

Budaya Fitnah Merugikan Bangsa

Tuanku Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, melahirkan kebimbangan baginda terhadap kecenderungan penulis di negara ini menghasilkan buku politik bertujuan memburuk individu tertentu.

kecenderungan itu yang semakin popular dan aliran sedemikian jika terus berkembang, dibimbangi akan membina satu budaya penulisan tidak sihat, menyuburkan fitnah, kurang beretika, sanggup mengetepikan fakta dan seterusnya membawa pengaruh negatif dalam perkembangan minda warga.

baginda bertitah demikian di majlis pelancaran buku bertajuk keberanian mengapai harapan karya Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, hasil terjemahan Institut Terjemahan Negara, Malaysia (ITNM) di ibu negara, Kuala Lumpur.

Budaya penulisan sedemikian akan merugikan bangsa dalam jangka masa panjang berbanding keuntungan singkat yang bermotifkan matlamat sempit kumpulan atau individu tertentu.

Justeru marilah kita renung nasihat baginda itu dan bersikap positif kerana pembentukan sebuah negara maju juga memerlukan sebuah masyarakat yang bertanggung jawab.

dan bermaksud bahawa "Memfitnah itu dosanya lebih besar daripada seorang Pembunuh" fikir-fikirkanlah.

1 comments:

Anonymous said...

akam dato..

Petikan dari DRMAZA..

Tempoh ini bagaikan musim ‘fitnah politik’. Perkataan fitnah selalu ditafsirkan oleh masyarakat melayu kita sebagai ‘menuduh secara tidak benar’. Namun perkataan fitnah apabila digunakan oleh al-Quran dan Sunnah tidak pula bermaksud demikian. Perkataan fitnah dalam al-Quran dan Sunnah membawa berbagai maksud. Antaranya; syirik, maksiat, ujian atau bala, melakukan kerosakan, pembunuhan, kesakitan, peperangan dan lain-lain.

Maka ramai ustaz yang tersilap apabila memahami ayat Allah (maksudnya) “Dan fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh” (Surah al-Baqarah: 191) dengan maksud menuduh orang itu lebih dahsyat dari membunuh. Itu fahaman secara melayu, seperti menyamakan tuak di Kelantan dengan tuak di Kedah. Bukan itu maksudnya, tetapi yang dimaksudkan dengan fitnah dalam ayat tersebut adalah ‘syirik’.

Adapun apabila disebut sebagai zaman fitnah ianya bermaksud zaman ujian dan cubaan yang boleh menggugat keimanan dan ketenteraman hidup. Ianya menjadikan manusia keliru dalam membuat pendirian atau begitu sukar untuk berpegang teguh atas prinsip yang benar disebabkan cabaran, ujian dan tekanan yang wujud pada waktu tersebut

semoga kita dapat faham bersama :)