Bagi menjayakan progam ini, DUN Kubu Gajah mendapatkan kerjasama daripada pegawai pendidikan daerah Larut, Matang dan Selama, Haji Ahmad Laizim bin Idris yang bersetuju dengan cadangan saya selaku ADUN Kubu Gajah.
Saya nenyatakan demikian di majlis penyampaian bantuan kumpulan wang amanah pelajar miskin (kwapm) pelajaran DUN Kubu Gajah di sekolah kebangsaan bagan bahru. Turut hadir ialah Haji Ahmad Lazim dan guru besar sekolah kebangsaan bagan baru, Osman Yahya.
Langkah mengadakan pertandingan tersebut adalah selaras dengan perkembangan IT. Dengan adanya website dan blog tersebut, ADUN dan masyarakat tempatan akan dapat mengikuti aktiviti dan perkembangan sekolah dari masa ke semasa.

Saya akan membincangkan bentuk insentif yang akan diberikan itu dengan PPD manakala sebuah panel khas akan dibentuk untuk menilai pertandingan tersebut.
Sementara itu, saya juga mencadangkan agar kementerian pelajaran dapat mengkaji kaedah pemberian bantuan kwapm tahun depan dalam bentuk saham atau simpanan bank bagi menggelakan berlaku salah guna bantuan tersebut.

1 comments:
akm..dato
tahniah kerana menolong org kampung, mencelik kan anak bangsa supaya mereka dapat merasa nikmat pembangunan negara dan yg penting dapat sama-sama bersaing di peringkat yang lebih tinggi.
saya fikir motivasi adalah amat penting untuk sekolah-sekolah di luar bandar/tempat kita.
Kalau kita pergi ke sekolah rendah dan bertanya murid-murid apa cita-cita mereka.
Ramai yang akan jawab Askar/polis..sebab pagi-pagi tengok pak gi motong jerr..
mestilah nak jadi yang lebih baik dari bapak...tetapi tiada pengetahuan/pendedahan untuk itu.
Maka saya fikir kita patut panggil para pelajar dari pusat pengajian tinggi cth UiTM,USM untuk menjadikan setiap sekolah rendah ini sebagai sekolah angkat, dan mereka akan turun setiap bulan untuk membantu memberi pendedahan kepada para pelajar.
*Pendedahan tentang ICT
*Strategy dan cara nak belajar
*Strategy nak menghadapi Peperiksaan
*Pendedahan tentang Kerjaya
Sebab kurang berjaya pelajar luar adalah kurang pendedahan,galakan,motivasi.
Post a Comment