Template by:
Free Blog Templates

26 April 2009

Pasaran Tempatan Wajar diutamakan

Saya tertarik dengan kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar yang mengatakan beliau memandang serious masalah memasarkan hasil usaha petani dengan menggerakan FAMA mewujudkan kedai-kedai rakyat.

Sebenarnya banyak sudah sistem dan kaedah yang telah diperkenalkan setiap kali Menteri bertukar tangan, semuanya bagus, tetapi yang menjadi masalah besar ialah di peringkat perlaksanaan.

Masih berlaku birokasi? harga yang ditawarkan kepada petani, tidak setimpal. Saya pernah membawa perkara yang sama di Parlimen. Bahkan ada seorang pemilik tanah yang merungut, katanya sukar untuk beliau mengusahakan tanahnya kerana terlalu banyak kerenah daripada pihak berkenaan bagi mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat.

Masalah membantu siswazah yang menggangur di sektor pertanian dalam mendapatkan bantuan pinjaman hendaklah di permudahkan, jika tidak hasrat Kerajaan dalam mengatasi masalah ini tidak akan berkurangan.

Diharap langkah memasarkan hasil petani kita ke pasaraya-pasaraya ternama dan ke pasaran luar, dapat dipertingkatkan lagi. Jika barangan luar mudah menembusi pasaran kita, mustahil produk tempatan tidak boleh di ketengahkan ke pasaran antara bangsa.

Begitulah juga Saya bersetuju dengan ssaranan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri supaya kita mengutamakan jenama tempatan.

Namun, masalahnya, jenama dari luar Negara masih banyak di pasaran tempatan dan di harap kempen membeli barangan tempatan hendak lah dibuat secar lebih konsisten dan tidak hanya bermusim.

0 comments: