Template by:
Free Blog Templates

22 March 2009

Ruang Mesjid Semakin Sempit

Jumaat kelmarin, Saya kebetulan berada di Kuala Lumpur dan menunaikan solat jumaat di sebuah Mesjid bersama seorang rakan rapat yang sekarang bermastautin di Ibu Negara.

Kerana terlalu ramai, kami bersama yang lainnya hanya sekadar berada di ruang luar tepi Mesjid berkenaan dan berhampiran dengan anak tangga ke tingkat dua. Begitupun, Saya tetap bersyukur kerana masih dapat menunaikan solat Jumaat, sekalipun sedang musafir.

Bagi, Daud Datuk Haji Taib, ruang yang semakin sempit di situ setiap kali solat Jumaat telah menjadi kebiasaan. Kalau di Mekah dan Madinah, Sembahyang berhimpit-himpit, hingga melempah ke atas jalan raya adalah perkara biasa kerana terlalu ramainya manusia, terutama di musim haji dan di bulan Ramadan.

Saya juga pernah melalui pengalaman menunaikan solat Jumaat pada suatu bulan Puasa di Tempat Meletak Kenderaan di lantai bawah, sebuah Negara Jiran.

Saya bertanyakan Daud, apakah tidak ada usaha untuk memperbesarkan Bangunan Mesjid berkenaan? Beliau hanya tersenyum membisu, sambil menuju ke kereta untuk menghantar Saya ke Hotel Penginapan.

Bagi menggelakan sebarang kesulitan, terutama jika waktu hujan dan panas terik, Mesjid yang mengalami masalah ruang yang sempit, pihak Jabatan Agama Islam wajarlah memantau dan mengambil tindakan segera.

Tabung kutipan sumbangan Orang ramai, tidak cukup bagi menampung bajet memperbaiki bangunan Mesjid, tanpa bantuan pihak yang berkenaan.

Mesjid Baru Pekan Batu Kurau yang menelan belanja RM 1.5 juta, kini telah pun siap, tidak mungkin dapat didirikan tanpa bantuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Mohd Najib Tun Abdul Razak yang meluluskan Satu Juta Ringgit. Saya juga mohon sokongan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali.

Sebuah lagi Mesjid Baru yang telah didirikan di Dewan Undangan Negeri Kubu Gajah ialah di Bagan Bahru.

4 comments:

ahmad kamal said...

Dato Raja,
Bulan puasa yang lepas saya tak nampak pun Dato Raja yang selalu berbaju melayu warna biru sembahyang terawih di Mesjid Negeri, Ipoh. Mungkin Dato Raja selalu balik kawasan atau rehat sebentar semasa pemerintahan PR semasa itu. Kita jumpa sembahyang terawih tahun ini dengan semangat baru?..insyaallah.

Anonymous said...

ahmad kamal lepaih ni merasa la kita buah kurma ada gambar kat kotak.

2.Bila nak bukak papan tanda kat empangan batu 20 tu dato..nak simpan untuk hari raya tahun 2009 pulak ka.

3.Selamat bertanding tok raja,org batu kurau dapat masjid baru, dapat balai polis baru,YB pulak jadi penasihat MB betaraf exco.

4.Org selama dapat VAN UMNO,van umno untuk caw. batu kurau pon depa angkut pi selama abih.

5.Kapt(B)Najibmudin beli kereta kancil untuk kegunaan Caw. batu kurau.

6.Amat lah di harap org batu kurau lepas ni tak naik lagi keta sapu..WOI MALAYSIA DAH MERDEKA 51 TAHUN..Naik keta sapu lagi ka...LAGI 14 Tahun nak jadi negara maju NAIK keta sapu lgi.

7.Tok raja boleh tak jumpa azalina menteri pelacongan, supaya masukan acara naik kereta sapu dalam kelenda pelancongan negara.

Anonymous said...

Anda boleh mengundi jawapan di bawah,

A.Blog ini adalh untuk berkempen jawatan MT

B.Blog ini akan ditutup kalau kalah jawatan MT

c.Blog ini dah buang gambar Pak lah kat Depan walau pon pak lah masih lagi PM.

D.Blog ini akan di letak gambar DS najib.

C. Mungkin gambar "pemunya blog sebelah tok najib"

Anonymous said...

114 penduduk Kampung Pondok Tanjung dipindahkan akibat banjir
31/03/2009 12:23pm


IPOH 31 Mac — Seramai 114 orang daripada 25 keluarga dari Kampung Pondok Tanjung Kamunting, 115 km dari sini dipindahkan akibat kampung mereka dinaiki air sedalam 1.5 meter berikutan hujan lebat semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Supt Syed Abdul Wahab Abdul Majid berkata mereka dipindahkan di dewan orang ramai Kampung berkenaan bermula pukul 6 petang hingga 12 tengah malam tadi.

Penduduk berkenaan diarah berpindah berikutan hujan lebat tidak berhenti-henti bermula 4 petang semalam menyebabkan air melimpah dari sungai berhampiran ke kampung mereka, katanya ketika dihubungi hari ini.

Syed Abdul Wahab berkata, mereka diipindahkan dengan bantuan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam manakala bantuan makanan disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Penduduk terbabit dijangka kembali ke rumah masing-masing petang ini berikutan air di kampung mereka beransur surut, katanya

TOK TOK KUBU tak tengelam ka, Tok depa nak bantuan Tok..apa kata tok keluar sekejap dari kubu tu dan pergi meninjau kawasan..