Asalamuaikum, Apa khabar, Saya kembali untuk update blog Saya. agak sibuk juga kebelakangan ini. Maklumlah Kerajaan Barisan Nasional kembali metadbir Negeri Perak, selepas kira-kira sebelas bulan, Negeri bijih timah ini diterajui oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.
Ramai yang ingin tahu keadaan sebenarnya yang berlaku di Perak selepas Menteri Besar Perak yang baru, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir mengangat sumpah jawatan atas perkenan DYMM Paduka Seri Sultan Perak.
Begitupun, Kejayaan BN mengambil alih semula Negeri Perak adalah berkat Kehadiran, Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang Menerajui Badan Perhubungan UMNO dan BN Negeri.
Saya sendiri telah memberi taklimat khas kepada Ahli-Ahli UMNO di Bahagian Larut mengenai dua isu yang berbangkit. Penjelasan berhubung dengan penubuhan Kerajaan Baru BN Perak, selepas majlis angkat sumpah Anggota EXCO dan terbahru mengenai pertikaian Sidang Tergempar Dewan bawah Pokok.
Penjelasan itu perlu dilakukan bagi menggelakan sebarang kekeliruan di kalangan Rakyat. Ramai yang kecewa dengan tindakan demonstrasi segelintir mereka yang tidak bertanggung jawab hingga menghalang majlis angkat sumpah Menteri Besar. Ada yang tergamak menghalang Kenderaan DYTM Raja Muda Perak.
Perbuatan itu sungguh memalukan. Kita melaungkan slogan mempertahankan Ketuanan Melayu, tetapi pada masa yang sama ada juga yang bersikap terlampau yang menjejaskan institusi Raja-Raja.
Barangkali ada yang lupa bahawa Raja-Raja Adalah Payung Perpaduan. UMNO dan BN sentiasa mempertahankan instisusi tersebut dan mendaulatkannnya. Pendaan Perlembagaan sepertimana yang dilakukan adalah semata-mata bagi memperjelaskan lagi Kuasa Raja.
Satu Persoalan yang timbul, ketika Kerajaan Pakatan Rakyat berpeluang mendirikan Kerajaan Perak, Tuanku Sultan yang sama yang memberikan perkenan. Ia juga mengikut proses undang-undang yang sama. Tetapi, ketika BN pula berpeluang berbuat demikian, kenapa mereka tidak boleh menerima hakikat yang sebenar? Ketika itu, mereka tidak pula diganggu oleh BN.
Barangkali selepas Kerajaan BN Negeri Perak setelah mendapat perkenan Tuanku bagi mengadakan sidang Dewan Negeri sebelum berakhir Mei ini, segala kekusutan akan terlerai dan pentadbiran Dr Zambry akan beradala di landasan yang betul bagi membawa kemajuan seterusnya.
Yang Pasti, Kerajaan BN sekarang adalah Kerajaan Negeri yang sah. Saya sendiri berpeluang memberi penjelasan, mengenai kedudukan yang sebenar mengenai kestabilian politik di perak ketika di temui rakan dan orang ramai di beberapa Negeri yang Saya lawati.
Mereka juga bertanya apa kah di zaman moden ini, masih ada Manusia yang sanggup bersidang di bawah Pokok? Mereka ini, Saya rasa eluklah juga menonton Filem DO RE ME arahan dan lakonan Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, barangkali Mereka boleh ambil sedikit tauladan agar mereka jangan lagi berada di bawah tempurung.
Nasihat Saya jika ada Sidang Dewan Negeri, datang-datanglah untuk mengikutinnya supaya Mereka boleh tahu sejauh mana Kuasa yang ada kepada Speaker. Saya juga harap Persidangan itu juga akan terus dilayari di laman web Kerajaan Negeri secara langsung bagi Mereka yang tidak ada masa untuk ke Dewan.
Akhir kata, semoga Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang akan kembali semula ke tangan BN, sebagaimana BN Perak berjaya mendapatkan semula pentadbiran Kerajaan Negeri. Semuanya ini adalah berkat UMNO dan BN Perak diterajui oleh Dato' Seri Mohd Najib.
15 March 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
YB Raja..
Harap YB tak usah cerita panjang lebar pasai politik Perak.Menyampah!
Elok YB ulas pasal perjuangan YB mempertahankan Jawatan Ketua Bahagian melawan Senator Hamazah.
Baru ada umph!
YB,
Tahniah saya ucapkan atas kejayaan BN merampas kembali tampuk pemerintahan negeri Perak Darul Ridzuan yang tercinta ini..syabas!
Semoga usaha YB dan rakan2 seperjuangan akan sentiasa diberkati dan beroleh kejayaan yang cemerlang hendaknya.
Selamat Maju Jaya..
Jika YB ada kelapangan, sila layari http://watdevarajabanphot.blogspot.com ianya sebuah blog baru tempat amal ibadat dimana masyarakat berkumpul yang menggalakkan perpaduan kaum dan semangat kejiranan yang muhibbah dikalangan masyarakat majmuk di Perak ini. Disamping itu, blog ini juga mempromosi salah satu kawasan di bumi Perak yang tercinta ini sebagai tempat tarikan pelancong.
YB pernah singgah disini dahulu
dan kami berharap YB dapat singgah disini lagi jika ada kelapangan.
Terimakasih daun keladi..kalau sudi singgah la lagi..
Post a Comment