Saya ingin mengambil kesempatan di tahun baru 2009 ini untuk mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru 2009 semoga Negara terus sejahtera, aman dan sentosa.
Kita jadikan lah sepanjang tahun 2008 segala pengalaman pahit dan manis sebagai panduan untuk kita melangkah lebih jauh ke hadapan. Tiada yang lebih indah daripada Negara Kita sendiri, biarpun Hujan Emas di Negara Orang, tetapi Sekalikpun Hujan Batu, ia tetap Negara kita sendiri.
Justeru kita jangan lagi menoleh ke belakang, teruskan hayunan ke hadapan. Kita hanya boleh merancang, tetapi Allah S.W.T yang menentukan segala-galanya.
Selamat Tahun Baru Kepada Semua Rakytat Malaysia.
1 January 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
Encik YB, apa pasai blog ni langsung tak dikemaskini? Baru hari ni. Rajin-rajinlah kenaskini no encik YB?
Ya la Dato seri , Janganlah kosongkan komen Dato Janganlah risau sangat
YB,Selamat Tahun Baru 2009.Hendaknya YB dah turun ke sekolah sambil meninjau kot kot ada rakyat masih declare miskin padahal sekarang semua nya dah percuma utk ke sekolah..Org kpg kata YB tak berapa berani "on the ground" takut rakyat minta bantuan.Rakyat juga perlu dajar dan dibentuk supaya jgn bermentaliti subsidi.Contohi sikap orang Melayu Pattani di Wilayah Selatan Thai.Mereka berdikari and prove it.Kalau daif sgt tu minta depa pergi Pej. Kebajikan(JKM) daerah.Kat Selama ada kan!Jgn semua hendak disuap dan dimanja.Maaf YB bukan hendak mengajar,kadang2 puak 2 ni bila dah mengundi ,segala nya hendak ditatang dari buaian ke liang lahat.Agama pun tak ajar kita jadi meminta minta sgt.Boleh usaha ,buat dulu.Kalau desperate tak upaya lah.Oh ya ADUN Selama tak der blogke?.Cadang YB Daud buka satu kita di rantau bagi sumbangsaran apa yg patut.Sapa tak sayang kpg halaman walaupun jauh diulu. Kiff.
akm dato...apa khabar lama tak tulih..blog pon sepi macam pekan kubu gajah gak..
baru-baru dato ada gi jumpa azalina pasal nak nak promosi pelancongan kat selama,pondok tanjung dan pekan kubu gajah baguih gak idea tu ..saya cadangkan kita panggil pelakon bollywood buat filem era tahun 50an kat pekan selama,kubu gajah dan batu kurau.
dato kat jumpa anak kelahiran selama yang juga ketua wanita ...dato merayu ka meluah perasaan pasal pemain import nak mintak kerayatan...kesian dato..
lawan tetap lawan..
dok dalam kubu pon depa nak lawan jugak..lani kena mesyuarat balik kita pilih pewakilan yg nak undi kita jerr datuk kalau ada mesyuarat yang pewakilan tak pro kat kita kita batal jerr mesyuarat tu....
Assalamu'alaikum Dato' Seri. Selamat Tahun Baru 2009 dan Ma'al Hijrah 1430 buat YB Dato' Seri. Apa pun yang berlaku kepada kita biarlah menjadi urusan kita, tetapi apa yang berlaku pada kita jangan sampai dukacitanya menimpa kawasan kita dan rakyat di dalamnya. Saya percaya YB Dato' Seri tetap diberi kekuatan untuk menangani semua hal yang berlaku dengan penuh bijaksana. Yang penting UMNO jangan dibiarkan lemah walau siapa pun yang menerajuinya.
semoga tahun baru mematangkan politik kita.
ye la dato...tahun baru dah belalu..JKuasa baru bila nak jadi..
la ni org kampung dok ingat dato takut bila ada org nak lawan...itu perpepsi depa la...lawan ler..kalu kalah kita berundur..
Salam Dato'
Pemimpin yang hebat macam dato' takan takut bertarung di gelanggang terbuka.Asyik nak menang free saja...tahun 2000 free, 2004 pun free lagi...x gentlemanla macam nie....kalau bertarung, apa keputusan pun pengundi akan puas hati. Janganlah nak jaga perut sendiri, sampai UMNO tergadai.Ingat.... 2012 bukan lama sangat....Itupun kalau dato' ni masih sayangkan UMNO.
Dato, orang la ni dah pandai. Tukaqlah cara dato. Cara lama tak leh pakai tok oi.
M.Saad has left a new comment on the post "Selamat Tahun Baru 2009":
Salam Dato'
Pemimpin yang hebat macam dato' takan takut bertarung di gelanggang terbuka.Asyik nak menang free saja...tahun 2000 free, 2004 pun free lagi...x gentlemanla macam nie....kalau bertarung, apa keputusan pun pengundi akan puas hati. Janganlah nak jaga perut sendiri, sampai UMNO tergadai.Ingat.... 2012 bukan lama sangat....Itupun kalau dato' ni masih sayangkan UMNO.
Dato
tulih la siap-siap untuk ucap 'Selamat Tahun Baru 2010'pulak.
Selamat tahun baru 2"00"9 :-)
Jom Sertai ‘UMNO Baru’ Dengan ‘Faizal’ :-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Terengganu Tetap Kubu Kuat Barisan Nasional
http://pro-faizal.blogspot.com
Idea Bernas Vs Loya Buruk ;-)
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Laman Blog Baru >> http://Blog1Malaysia.blogspot.com
KEKALAHAN PASUKAN MALAYSIA MEMANG DIJANGKA
Assalammualaikum..
Kekalahan pasukan bolasepak Malaysia sebanyak 5-0 di tangan pasukan UAE memang telah dijangka lebih awal oleh saya. Kekalahan pasukan Malaysia ini sepatutnya akan menjadi titik tolak atau pembuka mata kepada pihak pengurusan FAM supaya membuat pembaharuan dengan secepat mungkin. Sebagai seorang peminat bola sepak Malaysia saya juga bersetuju dengan pandangan jurulatih Sathia bahawa liga bola sepak Malaysia terlalu lemah dan tidak kemana. Kenyataan beliau juga disokong oleh para peminat yang telah memberikan komen mereka melalui media massa selepas perlawanan tersebut.
Bagi saya pemain tidak salah. Kita tidak perlu menyalahkan pemain kerana itu sahajalah keupayaan mereka. Itu sahajalah yang mereka mampu lakukan. Bagi saya punya utama masalah bola sepak di negara kita ini adalah disebabkan masalah perancangan dan pembangunan bolasepak secara keseluruhannya. Kita tidak mempunyai suatu sistem untuk mendidik dan mendapatkan generasi baru untuk membangunkan dan menerajui bola sepak kita.
Bila kita merujuk kepada masalah pembangunan, secara langsung kita merujuk kepada pihak pengurusan FAM. Bagi saya FAM gagal untuk melaksanakan tanggungjawabnya untuk membangunkan bola sepak negara. Tugas mereka hanya lebih untuk melaksanakan tugas harian tanpa ada idea atau perancangan yang bernas untuk membangunkan bola sepak negara. Apatah lagi terdapat sesetengah pemimpin yang hanya mahukan jawatan tetapi tidak tahu melaksanakan tugas mereka.
Sebagai sebuah organisasi, bagi saya FAM memerlukan pemimpin generasi baru. Pemimpin yang mempunyai idea, inspirasi dan semangat untuk membangunkan bola sepak negara. Kita tidak memerlukan pemimpin hanya duduk di atas dan buat tugas harian tanpa membuat apa-apa perubahan. Tidak kiralah sebaik mana pemimpin tersebut, sekaya mana atau setinggi mana nama pemimpin tersebut tetapi jika tidak mempunyai idea dan inspirasi, apa faedahnya. Saya rasa perkara ini jugalah yang menjadi masalah kepada masyarakat Malaysia yang selalu mengangap bahawa apabila mereka telah memegang jawatan yang tinggi, mereka tidak perlu berfikir lagi dan hanya melakukan tugas harian sahaja. Ianya berbeza dengan masyarakat Eropah di mana pemimpin tertinggilah yang paling penting yang akan menentukan hala tuju sesebuah organisasi tersebut. Mereka inilah yang berkerja keras untuk mendapatkan idea, inspirasi, untuk membangunkan organisasi. Disebabkan itu, apabila organisasi tersebut gagal, pemimpin tertinggi yag akan dipecat atau diganti dengan yang baru.
Pihak pengurusan FAM sepatutnya membuat 'brainstorming' untuk mendapatkan idea dan cara untuk membangunkan bola sepak negara. Bagi saya banyak dan pelbagai perkara boleh dilakukan oleh FAM. Untuk membangunkan bola sepak negara kita memerlukan ianya dilaksanakan lebih awal lagi terutamanya kepada anak-anak sekolah. Ramai yang berminat dan mempunyai bakat untuk bermain bola tetapi tiada apa-apa perancangan atau program untuk mereka. Mereka inillah bakal pelapis yang perlu diberikan perhatian dan didik dengan betul. Contonya kalau FAM betul-betul berusaha, kita boleh dapatkan dan khaskan seorang guru bola sepak di setiap sekolah rendah atau menengah. Guru inilah yang boleh mengajar anak-anak ini teknik dan cara yang betul untuk bermaian bola sepak. Saya rasa kita tidak mempunyai masalah untuk melaksanakan perkara ini. Ini merupakan antara contoh perkara yang boleh dlakukan oleh FAM. Contoh yang lain pula ialah dari segi pemakanan dan fizikal. FAM perlu mengkaji bagaimana pasukan Jepun yang dahulunya berada setingkat di bawah kita boleh memperbesarkan fizikal badan mereka dan majudalam bola sepak. Keperluan padang di setiap sekolah atau taman perumahan yang boleh dijidakan polisi untuk membangunkan bola sepak negara. Sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh dilakukan oleh FAM untuk membangunkan bolasepak negara.
Akhir kata, sedarlah FAM, kita memerlukan pemimpin generasi baru yang mempunai idea dan inspirasi untuk membangunkan bola sepak negara. Saya merasa amat sedih kerana seolah-olah pengurusan FAM masih tidak sedar-sedar lagi.
Anak Bangsa
Selangor
Sukan bola kita teruk kan?
raja ahmad ...oh raja ahmad ... bercakap mcm samseng tapi samseng taik kucing ... ugut org felda ijok kalau tak undi dia akan halau keluaq felda akhirnya hamzah zainuddin pulak nak halau dia dari larut ...nasib hang lah cik mad ooii
Lompat raja lompat
lompat raja lompat
lompat tinggi - tinggi
CADANGAN PENJENAMAAN PESTA BOLA MERDEKA™ (MERDEKA TOURNERMENT™)
Assalamulaikum atau salam sejahtera. Kepada FAM
Sebagai peminat bola sepak tanah air,
Email serba ringkas ini adalah, mengenai idea penjenamaan PERSTA BOLA MERDEKA ™@MERDEKA TOURNAMENT ™
Berikut adalah idea dan cara perlaksanaan penjenamaan PERSTA BOLA MERDEKA ™@MERDEKA TOURNAMENT ™ kepada FAM untuk di kemgankan kan lagi cadaga nyang masih mentah ini.
1.Fam terlebih dahulu pelu menganjurkan Pertandingan mereka bentuk logo MERDEKA TOURNAMENT ™,website,blog,t-shirt, tiket kejohanan,pas media ,pas pegawai,dan e- majalah. Pertandingan ini terbuka kepada warga Negara Malaysia sahaja.
2. Fam pelu memakluman penganjuran Pertandingan mereka bentuk logo MERDEKA TOURNAMENT ™,website,blog,t-shirt, tiket kejohanan,pas media ,pas pegawai,dan e- majalah kepada semua fakulti grafik @seni reka IPTA dan IPTS yang terdiri daripada Universiti,Politeknik dan Kolej Komuniti & kolej swasta tempatan untuk mengambil bahagian.kerjasama kementerian pendidikan dan kementerian pengajian tinggi diperlukan.
Hadiah yang menarik,lumayan dan praktikal.(serta menarik minat rakyat Malaysia untuk terus menyokong bola sepak Malaysia )
Sebagai contoh.
a.Pemenang tempat pertama.Wang ringgit,RM minimum 3000-maksimum 5000
hadian sampingan.
b-2 set Jersi pasukan kebangsaan .
c-Tiket Percuma seumur hidup untuk semua perlawan MERDEKA TOURNAMENT untuk 6 INDIVIDU.
d-Hadiah penaja.seperti 1 juta mata ganjaran kad kelab Pasaraya texcoku® dengan percuma.
Pemenang tempat kedua
Wang ringgit,RM minimum 1000-maksimum 3000
Berserta hadian sampingan.
b-1 set Jersi pasukan kebangsaan .
c-Tiket Percuma seumur hidup untuk semua perlawan MERDEKA TOURNAMENT ™ untuk 4 INDIVIDU.
d-Hadiah penaja.seperti 500ribu mata ganjaran kad kelab Pasaraya texcoku® dengan percuma.
Dan lima hadiah saguhati
Wang ringgit,RM minimum 100-maksimum 300
hadian sampingan.
b-1 set Jersi pasukan kebangsaan .
c-Tiket Percuma lima edisi untuk semua perlawan MERDEKA TOURNAMENT ™ untuk 4 INDIVIDU.
d-Hadiah penaja.seperti 3 ribu mata ganjaran kad kelab Pasaraya texcoku® dengan percuma.
FAM perlu mencari penaja rasmi kejohanan MERDEKA TOURNAMENT ™dengan pakej yang menarik. Bermula pada tahun 2009 PENAJA UTAMA akan diberikan keistimewaan untuk memasarkan jenama mereka pada nama kejohanan.mengambil contoh asean cup pada tahun 2008 di berikan nama AFF Suzuki cup. Langkah yang sama perlu diambil oleh FAM untuk Penjenamaan Pesta Bola Merdeka™ (Merdeka Tournerment™).dan mungkin pada tahun 2009 ini Pesta Bola Merdeka™ akan dikenali sebagai di Pasaraya texcoku® Pesta Bola Merdeka™ 2008. Sekadar untuk memberikan contoh sahaja.
Untuk menarik pelabur .pakej yang menarik perlu diberikan perhatian.seperti hak pengiklanan dan sebagainya.pakej yang menarik kepada semua penaja adalah seperti berikut.
a-FAM akan memberikan ruang iklan percuma kepada semua penaja di website Merdeka Tournerment™ .
b-FAM akan memberikan ruang iklan percuma kepada semua penaja di channel khas Merdeka Tournerment™ di you tube
dilihat selain daripada Pesta Bola Merdeka™ .FAM turut menganjurkan kejohanan,seperti Intercontinental cup ,perlawanan persahabatan 4 penjuru bawah 21 tahun dan sebagainya.Bermula pada tahun 2009 dan seterusnya-apa apa kejohanan yang anjurkan oleh FAM akan dinamakan MERDEKA TOURNAMENT ™ .
Sebagai contoh.
- u20 Pasaraya texcoku® MERDEKA TOURNAMENT ™ (kejohanan bawah 20 tahun)
- u17 Syarikat TayarX® MERDEKA TOURNAMENT ™(kejohanan bawah 17 tahun)
- u12 Syarikat keretaY® MERDEKA TOURNAMENT ™(kejohanan bawah 12 tahun)
Tujuannya adalah untuk mengangkat jenama MERDEKA TOURNAMENT ™ agar dikenali diseluruh asia tenggara,asia, dan di mata dunia.Kesan populariti MERDEKA TOURNAMENT ™ akan menarik perhatian pelabagai pasukan handal untuk bertanding.
Pengiliran tuan rumah perlu diadakan.sebagai contoh buka peluang untuk setiap persatuan NEGERI, untuk berkerjasama dengan AJK TETAP pihak penganjur diadakan di setiap Bandar utama negeri –negeri di Malaysia.
- u20 Pasaraya texcoku® 2009 MERDEKA TOURNAMENT ™ (tuan RUMAH Kuantan Pahang)
- u17 Syarikat Tayar® 2010 MERDEKA TOURNAMENT ™(tuan RUMAH Kuala Lumpur )
- u12 Syarikat kereta® MERDEKA TOURNAMENT ™(tuan RUMAH Sabah)
*TURUT disertakan contoh LOGO MERDEKA TOURNAMENT ™ yang telah tiru daripada logo bola sepak kejohanan FIFA™.
Promosi yang berterusan diperlukan untuk memastikan kesinambunga kejohanan ini dapat dianjurkan .dengan promosi yang berterusan dan kekuatan jenama MERDEKA TOURNAMENT ™.keyakinan penaja akan memberikan sumber kewangan yang mencukupi.Langkah yang perlu diambil
Perlunya sebuah laman web khas- sebagai contoh www.merderkatournament.com
Pastikan ruang iklan yang menarik diberikan kepada penaja utama tanpa sebarang bayaran.
Kandungan penting lawan web. www.merderkatournament.com
1.sejarah MERDEKA TOURNAMENT ™
2/Sedia link video perlawanan gol -gol nostalgia sepanjang kejohana MERDEKA TOURNAMENT ™ di www.youtube .com
1.Sedia maklumat lengkap mengenai tuan rumah setiap edisi MERDEKA TOURNAMENT ™ yanng mamaparkan maklujat –
a.Maklumat Stadium kejohanan
b.Makluamt Pengangkutan awam ke stadium( harga tamabang pengankutan awam tiket untuk ke stadium.
c.Tourism Bandar tuan rumah. Fam pasti boleh berkerjasama dengan syarikat hotel untuk mempromosikan hotel mereka.
2.download e-majalah(Dalam bentuk format e-majalah –(adobe acrobat ,Pdf),secara percuma mengenai MERDEKA TOURNAMENT ™Dengan menerbitkan mengenai MERDEKA TOURNAMENT ™ @berita sensasi Fam.FAM Boleh menarik iklan.(penaja bolelh mendapat ruang iklan percuma dan mengaut keuntungan melalui iklan berbayar u
3.forum dan e-club fam./merdeka tournament.(penubuhan e fan club oleh fam secara percuma-akaun emai sahaja di perlukan-untuk memberikan langganan e-majalah.
4.siaran lansung secara Live text.dilaman web
5.Forum@bolg peminat
6.Countdown date. Sebagai contoh -300 day. 50 min,21 sec to go.
7.Penjualan e-tiket yang sebenar(contohi e –tiket MAS dan AIR ASIA.)
Untuk terus memastikan semua idea ini terus bergerak-dan di update FAM amatlah perlu menyediakan sebuat unit grafik dan IT FAM,sediakan sesi temuduga terbuka,pastikan individu yang dipilih adalah tepat,menguasai kemahiran grafik dan IT dan kreatif.
Sekian untuk FAM,MAJUKANLAH BOLA SEPAK MALAYSIA.
Dan akhir kata untuk Memajukan bola sepak tempatan FAm perlu mengorak langkah maju kehadapan.sediakan sebuah forum internet RASMI FAM yang INTERAKTIF diantara peminat bola sepak tempatan DAN pihak FAM.FORUM ini PERLU di pantau oleh SEMUA pemimpin FAM.Yakin dengan IDEA ikhlas RAKYAT MALAYSIA untuk membantu memajukan BOLA SEPAK tempatan walaupun tidak diberikan sebarang ganjaran.
1.forum internet RASMI FAM yang INTERAKTIF.Perlu mempunyai ruangan MAKLUM BALAS rasmi khas jurulatih kebangsaan ,pengurus kebangsaan,setiausaha Agung FAM,
2.Setiap cadangan yang relevean akan diberikan MALUM BALAS dan FAM akan memberikan maklum balas serta laporan perlaksanaan.
3.turut dicadangkan agar semua kerusi presiden ,pengurus pasukan negeri dan kelab agar dikosongkan daripada wakil rakyat,AHLI PARLIMEN dan MENTERI BESAR.PEMEGANG jawatan ini perlu bebas daripada PARTI POLITIK.Berikan pendedahan MENGENAI BOLA SEPAK KEPADA semua EXCO FAM ,presiden ,pengurus pasukan negeri dan kelab agar mencuba permainan computer Championship Manager 09 dan FIFA Manager 09.saranan ini agak melucukan tetapi inilah realiti bola sepak moden ,jawatan di dialam FAM persatuan negeri dan kelab perlu FAHAM NEGENAI BOLA SEPAK sekian.
Untuk maklumat lanjut.
http://www.championshipmanager.co.uk/.
http://www.eagames.co.uk/game/fifa-manager-09/pccd/
SEKIAN TERIMA KASIH.
Peminat bola sepak MALAYSIA.
my.e.fan.org@googlemail.com
MINTAK TOLONG LAH .Y.B
1.Y.B ,kalau boleh sampaikan cadangan ini kepada FAM .
2.Y.B ada email tak.BOLEH kongsi IDEA untuk majukan FAM,tak dapat nama pun takpa.
3.exco FAM siapa yang ada EMAIL.
dah sua muka pon tak dapat jadi exco...tu la buat janji dengan MB lama..kalau datuk hamzah bertanding raja jadi exco last-last tak dapat nasib badan..MB pulak di tukar...punya pulun sua muka bila ada sidang media...
Tidak mengapa YB, jawatan itu tiada pentingnya. Yang pentingnya sekarang, YB haruslah berkhidmat untuk rakyat. Ingat tu. Biarkan mereka kemeruk dengan jawatan sampai sanggup nak menderhaka pada sultan.
GEMPAR ! ANWAR PERANGKAP PAKLAH BERTEMU DENGAN KETUA AJARAN SESAT DI HULU LANGAT !
PERKARA 1
salam untuk semua sahabat bloger dan pembaca. apa yang gap akan dedahkan ini merupakan satu bukti sahih dan benar,perancangan jahat anwar untuk melakukan apa sahaja cara untuk menyesatkan umat islam di malaysia.
sebelum ini kita umat islam telah banyak didedahkan akan beberapa sikap liberal dan munafiknya anwar bin ibrahim memperkuda/merosakkan islam demi mengejar cita-citanya kemaruk kuasa untuk menjadi perdana menteri.
anwar bin ibrahim pernah menyanjungi salman rushdie dalam komentarnya memuji buku satanic verses, anwar bin ibrahim tidak pernah menyatakan BANTAHAN dalam persoalan murtad lina joy, hudud yang selama ini diperjuangkan oleh parti pas kini sudah menjadi bahan cacian karpal singh, kumpulan artikel 11 dan pejuang-pejuang IFC ( INTER FAITH COMISSION) kini sudah kembali 'bertenaga dan bersemangat' setelah anwar secara komited memberikan HARAPAN BARU untuk mereka menyamarata kan hak ISLAM DAN BUKAN ISLAM.
ini adalah beberapa contoh betapa 'terdesaknya' anwar bin ibrahim untuk 'mengejar saki baki masa' yang ada untuk MEROSAKKAN SECARA TOTAL HAK AGAMA DA BANGSA DEMI MEMENUHI TUNTUTAN NAFSU UNTUK BERKUASA MENJADI PERDANA MENTERI KE 6.
dalam keadaan yang cukup menyesakkan nafas anwar ini, hari ini kita telah digemparkan dengan cerita dan gambar pertemuan anwar dan paklah di hulu langat. anwar bin ibrahim adalah pengamal kaedah 'political animal' . kepala munafik ini sanggup bersekongkol dengan sesiapa sahaja untuk memerangkap musuh politiknya, walaupun dengan menggunakan kaedah agama.
hari ini anwar telah memerangkap paklah untuk bertemu dengan seorang tua bernama mahmud bin hj abd rahman (pengasas ajaran aurad ismailiah) yang telah difatwakan sebagai SESAT oleh bekas mufti negeri selangor, almarhum dato' ishak baharom. orang tua ini telah dijadikan medium perantaraan untuk anwar bertemu dengan paklah dan digunakan sebagai 'agenda pemula' anwar untuk kembali menjadi pejuang islam dan ikon perpaduan melayu. sayang perangkap anwar bin ibrahim ini TELAH DAPAT PIHAK KAMI KESAN.
sila baca 2 perkara dibawah sebagai rujukan. gap mohon kepada anda semua baik dari pihak bloger dan pembaca untuk MENYEBARKAN BERITA GEMPAR INI kepada seluruh umat islam di malaysia. sebarkan ia melalui rangkaian blog,website BN dan PEMBANGKANG, email dll cara supaya berita ini sampai.
AYUH DEMI ISLAM,BAIK UMNO,PAS,PKR SILA SELAMATKAN AKIDAH ANDA ! KITA TOLAK PERBEZAAN POLITIK DALAM HAL PENTING INI ! SELAMATKAN AKIDAH KITA DARIPADA DI SESATKAN OLEH ANWAR BIN IBRAHIM !
PERKARA 2
INI ADALAH SALINAN FATWA DARI ALMARHUM DATO' ISHAK BAHAROM YANG TELAH MENGISTIHARKAN AJARAN ISMAILIAH YANG DIBAWA OLEH MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN ADALAH SESAT !
NEGERI SELANGOR
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF SELANGOR GAZZETE
PUBLISHED BY AUTHORITY
Jil. 48
23hb November 1995
TAMBAHAN No. 23
No. 24
PERUNDANGAN
Sel. P.U 48.
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989
FATWA TENTANG AURAD ISMAILIAH AJARAN MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN
En. 2 / 1989
PADA menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.
ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW ENACTMENT 1989
FATWA ON AURAD ISMAILIAH AJARAN MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN
En. 2 / 1989
IN exercise of the powers conferred by subsection 31(1) and section 32 of the Administration of Islamic Law Enactment 1989 the Mufti for the State of Selangor, after discussion with the Islamic Legal Consultative Committee, makes the fatwa as specified in Schedule.
JADUAL/ SCHEDULE
( 1 )
Ajaran Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd.Rahman didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.
( 2 )
Orang-orang Islam yang telah menerima ijazah dan mengamalkan Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd.Rahman di mana-mana jua berada hendaklah meninggalkan dan segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata'alla.
Dibuat pada 25hb Oktober 1995
Made the 25th October 1995.[JAI.Sel.8014/7 Jilid IV; P.U.Sel.AGM/0007.]
DATO' HAJI ISHAK BIN HAJI BAHAROM
Mufti Negeri Selangor
PERKARA 3
INI ADALAH ARTIKEL YANG DIPETIK DARI BLOG MSO BERKENAAN DENGAN PERTEMUAN DAN PERANCANGAN JAHAT ANWAR IBRAHIM UNTUK MENYESATKAN PAKLAH/UMNO SERTA SELURUH UMAT MELAYU !
TIGA jam sebelum Menteri Kewangan, Mohd Najib Razak membentangkan bajet mininya di Parlimen jam 4:00 petang ini, berlangsung satu peristiwa diluar jangka yang penuh tandatanya, iaini Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi duduk serumah dan makan tengah hari bersama Anwar Ibrahim.
Peristiwa bersejarah ini berlaku di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor. Abdullah dan Anwar sama-sama hadir pada majlis sambutan Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub, dan menjadi tetamu kehormat mundir madrasah berkenaan.
Kehadiran Anwar hari ini memang dinanti-nantikan oleh kira-kira 1,000 hadirin dan para jemputan termasuk para ulama dari Asia Tenggara, sebaliknya kedatangan Abdullah secara tiba-tiba itu benar-benar mengejutkan dan di luar jangka.
Abdullah dijangka hadir ke madrasah berkenaan esok untuk merasmi persidangan dan pertemuan para ulama. Kehadiran Abdullah lewat tengah hari ini menjadi tanda tanya sebab pada waktu sama jemputan khasnya ialah Anwar Ibrahim.
Abdullah tiba lebih awal dari Anwar, iaitu jam 12:18 tengah hari manakala Anwar bersama isterinya, Wan Azizah Ismail tiba kira-kira 20 minit kemudian.
Kedua mereka dibawa naik ke rumah Syeikh Mahmud untuk makan tengah hari sama-sama.Abdullah dan Anwar berada di dalam rumah berkenaan lebih 1 jam setengah. Mereka keluar dari rumah berkenaan untuk mendirikan solat Zohor bersama jam 1:40 petang.
Difahamkan semasa di dalam rumah Syeikh Mahmud, pertemuan enam biji mata berlangsung antara Abdullah, Anwar dan Syeikh Mahmud. Satu perundingan juga dikatakan berlaku dengan Syeikh Mahmud menjadi perantaranya!
Semasa mendirikan solat Zohor kedua mereka duduk di saf pertama di mana Abdullah berada di sebelah kanan, Syeikh Mahmud manakala Anwar berada di sebelah kiri Syeikh Mahmud.Selepas solat Zohor, Abdullah diminta memberi ucapan ringkas begitu juga Anwar bagaimana pun Anwar tidak berucap.
Dalam ucapannya Abdullah menjelaskan sesuatu yang baik itu kalau didoakan ia akan menjadi kenyataan. Selepas selesai solat Zohor dan ucapan ringkas kelihatan Abdullah dan Anwar bersalaman dan masing-masing melemparkan senyum.
Pertemuan dan gelagat kedua pemimpin itu benar-benar mengejutkan para hadirin dan jemaah. Masing-masing tertanya-tanya dengan peristiwa berkenaan kerana ianya dikatakan bukan dirancang oleh sesiapa tetapi mempamerkan keadaan yang sungguh menyenangkan orang ramai.
Orang ramai begitu bangga dan puas dengan pertemuan kedua mereka yang dilihat sebagai bermusuhan selama ini dan diharap dapat berdamai untuk kebaikan negara, bangsa dan agama.
“Apa yang berlaku hari ini adalah sejarah, dan kita harap ianya jadi!” begitulah komen salah seorang ahli jawatankuasa madrasah berkenaan enggan menjawab apakah kedatangan kedua mereka sudah dirancang dan apakah yang dimaksudkan 'jadi' itu?
Abdullah meninggalkan madrasah berkenaan kira-kira jam 2:15 minit petang manakala Anwar jam 2:50 petang kedua-duanya dijangka menuju ke Parlimen untuk mendengar pembentangan bajet mini oleh Najib.
KOMEN SAYA:
LIHATLAH SAUDARA SEISLAMKU BETAPA DAJJALNYA MANUSIA YANG BERNAMA ANWAR BIN IBRAHIM INI....DEMI CITA-CITA POLITIK AGAMA PUN DIPERDAGANKANNYA...ASTAGFIRULLAH...YA ALLAH YA TUHANKU, KAU SELAMATKANLAH UMAT ISLAM DI BUMI MALAYSIA INI DARI MANUSIA YANG BERNAMA ANWAR BIN IBRAHIM INI....
http://parpukari.blogspot.com/
Post a Comment