Template by:
Free Blog Templates

7 January 2013

Mesyuarat





Perlumbaan 4x4 road to Kubu Gajah 2013 dijangka lebih meriah dengan penyertaan perserta bertambah.

 





Perserta dari negara-negara jiran iaitu Thailand, Singapura, Indonesia dijangka menganbil bahagian di litar felda. Ijok.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar mengumumkan demikian selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk program 4x4 road to Kubu Gajah di felda, Ijok, pagi tadi.

Tarikh awal yang dicadangkan ialah dari 22 hingga 24 februari dan perlumbaan 4x4 road to Kubu Gajah ini masuk ke kali yang keempat dengan kehadiran penonton tidak kurang 5,000 dalam setiap perlumbaan.

Perlumbaan motor cross juga diadakan dan ia  melibatkan anak-anak peneroka felda.

Hadiah-hadiah istimewa termasuk piala pusingan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin turut dianjurkan.






Pelbagai aktiviti sampingan termasuk pameran agensi-agensi kerajaan turur diadakan selain persembahan pentas dari band RELA Perak.

Pegawai belia dan sukan daerah, Izani Ismail dan pegawai RELA daerah kecil Selama, Major Yakub Md Sesa diantara yang hadir di mesyuarat tersebut.

0 comments: