Template by:
Free Blog Templates

30 January 2013

Makan tengahari bersama pemimpin


Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diminta mendapatkan pengesahan Ketua Kampung keatas setiap permohonan.

 






Ini bagi menggelakan berlaku bayaran dua kali kepada penerima yang sama atau mereka yang tidak layak.

Demikian dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar selepas menyampaikan sumbangan dan berkelah di Kampung Padang Das, Batu Kurau, tengahari tadi.

Kataya, Ketua Kampung lebih mengetahui mengenai keadaan anak buah mereka yang layak menerima bantuan kebajikan.

Jika, Ketua Kampung dirujuk, masalah permhonan bertindih dapat dielakan dan proses permohonan juga dapat dipercepatkan.

Penerima sumbangan ialah Zainab binti Awang Desa, 72 tahun, Rasitah binti Desa, 60 tahun, Zainal Aini binti Shafie, 52 tahun, Timah binti Abu Bakar, 71 tahun, Jarmah binti  Lebai Abdullah, 74 tahun dan Tijah binti Awang, 84 tahun.









Beliau turut beramah mesra di rumah Mohktar Mahmud yang juga Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sambil mendengar masalah penduduk, terutama mengenai masalah rumah layak mampu duduk.

Ketua Kampung Padang Das, Haji Musa Ibrahim dan Iman Mesjid Padang Das, Haji Yahya Abu Bakar turut hadir.

0 comments: