Template by:
Free Blog Templates

6 January 2013

Futsal




Jawatankuasa Kemajuan dan Keslamatan Kampung (JKKK) diseru memantau setiap projek yang sedang atau telah siap dilaksanakan bagi menggelak perbuatan merosakan kemudahan awam.

 


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar melahirkan rasa kesal dengan mereka yang tidak bertanggungjawab merosakkan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan bagi faedah rakyat menggunakannya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau kerja-kerja perlaksanaan gelanggang futsal di Kampung Mesjid, Ijok, petang tadi.

Projek bernilai RM 100,000 itu hampir 95 peratus siap, tetapi dilaporkan ada individu yang cuba menggagalkan pembinaannya.













Ekoran daripada itu, pihak pemaju yang terlibat membina projek tersebut terpaksa meminta bantan RELA bagi mengawalnya.

Gelanggang futsal ini boleh diguna pakai juga untuk permainan sepak takraw, bola tampar dan bola keranjang.

Turut hadir Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah, Nasaruddin Mawi, Ketua UMNO Cawangan Kampung Mesjid, Aziz Jame dan Ahli Majlis Daerah Selama (MDS), Mohamed Abdullah.

0 comments: