Template by:
Free Blog Templates

4 January 2013

PDM Sungai Jernih



UMNO Bahagian Larut terus menggerakan jentera partinya bagi mempastikan kemenangan cemerlang Barisan Nasional (BN) pada  Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang.




Puteri juga turut terlibat bagi memperkemaskan jentera parti menghadapi PRU ke 13 pada bila-bila masa.

Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar mengadakan lawatan ke bilik gerakan Pusat Faerah Mengundi (PDM) Ijok Timor, petang tadi.

Beliau yang juga Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, telah diberi taklimat oleh Pengerusi PDM berkenaan, Jamaluddin Mat Isa yang juga Ketua UMNO Cawangan Sungai Jernih.

















Turut hadir Ketua UMNO Cawangan Kelian Gunung, Zulkifli Hussein dan Ketua Kampung Sangkut, Haji Mat Zan Kassim.

Beliau berharap persediaan bilik gerakan bukan hanya sekadar untuk memenuhi kehendak Ibu Pejabat parti, tetapi ia menjadi imej pergerakan mereka.

Dengan persediaan yang ada, beliau yakin BN bukan sahaja mampu menggekalkan kemenangan di Larut, tetapi dengan kejayaan yang lebih cemerlang.

0 comments: